CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Razif & Alia Juara Mari Berdansa Aidilfitri


Pasangan Razif dan Alia Juara Mari Berdansa Aidilfitri

Pasangan Razif dan Alia (gambar) dinobatkan sebagai juara program Mari Berdansa Aidilfitri yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada Rabu.

Razif dan Alia telah mengalahkan pasangan lain iaitu Amyza Adnan dan Khairil, Khai dan Rosma, Sasha dan Salyo, Ariz dan Syikah serta Fahmi dan Azlin di mana mereka merupakan bekas peserta Sehati Berdansa dan Mari Menari yang bersaing gerak tari dengan alunan lagu Hari Raya.

Pasangan Razif dan Alia ini memenangi hadiah RM5,000 untuk didermakan kepada badan kebajikan yang diwakili masing-masing dan hadiah percutian tiga hari dua malam ke Tanjung Rhu Resort, Langkawi.

Gambar Razif dan Alia Juara Mari Berdansa Aidilfitri
 Gambar Razif & Alia Juara Mari Berdansa Aidilfitri

“Kami tidak menjangkakan kemenangan ini, namun kami bersyukur kerana rezeki berpihak kepada kami.

“Idea tarian yang dipersembahkan adalah hasil ciptaan koreografer Belalang,” kata Razif sejurus selepas memenangi program tersebut.

 Fahmi dan Azlin Pasangan Paling Sporting

Sementara itu, pasangan paling ‘sporting’ dimenangi oleh pasangan Fahmi dan Azlin dan berjaya membawa pulang hadiah percutian selama tiga hari dua malam di Sibu Island Resort, Mersing, Johor.

Setiap pasangan dalam kumpulan Sehati Berdansa dan Mari Menari bersaing sesama mereka dalam pusingan pertama bagi melayakkan diri untuk merebut tempat di pusingan kedua sebelum dinobatkan sebagai juara.

Peserta program yang dihoskan oleh Awal Ashaari dan Lisa Surihani itu diadili oleh pelakon Erra Fazira, koreografer Linda Jasmine dan Joseph Gonzales.

Sementara itu, penerbit eksekutif Norazian Mohd Zahir menganggap program itu mampu mengubat kerinduan kepada peminat program “Sehati Berdansa” dan “Mari Menari”.

“Sebagai tarikan, kami memikirkan idea ini lebih menarik untuk dijadikan sebagai slaah satu program Hari Raya Aidilfitri ini dan mungkin tahun depan kita akan menganjurkan program ini lagi,” kata Norazian Mohd Zahir. -Mstar.

Tengok Video Khai Rosma - @ Studio Training Mari Berdansa Aidilfitri



Lihat Video Khai Rosma - Belakang Tabir Mari Berdansa Aidilfitri 2011



mohdrohaizad.com - Tahniah kepada pasangan Razif dan Alia yang berjaya menjuarai rancangan Mari Berdansa Aidilfitri.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Razif & Alia Juara Mari Berdansa Aidilfitri By Mohd Rohaizad. Published: 2.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...