CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rozita Che Wan Demand Bayaran Mahal Tinggi Untuk Lakonan


Rozita Che Wan  Demand Bayaran Mahal Tinggi Untuk Lakonan

Syarikat produksi Grand Briliannce Sdn Bhd akan mempertimbangkan segala tawaran berlakon terbitan syarikat itu terhadap aktres Rozita Che Wan, 38 tahun, yang dikatakan mula meletakkan demand bayaran “tidak masuk akal”.

Ketua Produksi Drama & Filem, Primeworks Studios, Jalena Rejab berkata, pihaknya terkejut apabila Rozita Che Wan menolak tawaran membintangi sebuah drama bersiri Goyang Rafique yang telah dipersetujui selepas tidak berpuas hati dengan bayaran yang ditawarkan.

“Sebelum Rozita Che Wan berangkat mengerjakan umrah pada Ramadan lalu, dia telah bersetuju untuk membintangi drama bersiri 13 episod terbitan Grand Briliannce Sdn Bhd termasuklah meminta pihak produksi mematuhi segala jadual penggambarannya.

“Sayang sekali selepas dia pulang mengerjakan umrah pada pertengahan bulan Ogos lalu, dia menolak tawaran yang diberikan dengan alasan bayaran yang diberikan tidak setimpal,” kata wakil.

Gambar Rozita Che Wan Seksi Body Hot Mula Demand
Gambar Rozita Che Wan Seksi Body Hot Mula Demand

Jelas Jalena, menjadi amalan bagi semua syarikat produksi di negara ini memberi bayaran di antara RM1,500 sehingga RM2,000 bagi setiap satu episod untuk artis “senior” seperti Rozita tetapi malang sekali pelakon itu telah menuntut bayaran yang berlebihan.

Katanya, Rozita Che Wan minta dibayar sebanyak RM3,000 bagi setiap satu episod untuk drama berkenaan yang mana jumlahnya dilihat agak keterlaluan.

“Terus terang saya katakan, pelakon Fasha Sandha pun tidak pernah meminta bayaran seperti itu. Kami amat terkejut dengan tindakan sedemikian. Malah Rozita Che Wan turut memberi kata dua, jika mahu mengambilnya berlakon, pihak kami hendaklah memenuhi impiannya tetapi jika tidak, dia enggan terlibat dalam drama berkenaan,” ujar Jalena.

Jadual Rozita Che Wan Kena Diikuti

Katanya, penggambaran drama yang dilakukan bermula Ramadan lalu itu menjadi kelam kabut disebabkan pihak produksi telah mengubah lokasi penggambaran kerana mahu mengikut jadual Rozita Che Wan.

Sayang sekali jelasnya selepas pulang dari Mekah, Rozita Che Wan menukar pendiriannya dan tidak bersetuju untuk berlakon drama itu kerana wang.

Ujarnya, walaupun Rozita Che Wan berhak menentukan sesuatu bayaran, pelakon itu perlulah menuntut satu jumlah yang logik bersesuaian dengan landskap penerbitan drama di negara ini.

Rozita Che Wan Kena Haram / Gam TV?

Ditanya adakah pihak Grand Briliannce Sdn Bhd yang juga syarikat milik Media Prima Berhad itu akan mengharamkan Rozita Che Wan untuk terlibat dalam drama terbitan syarikat itu pada masa akan datang, Jalena berkata ia bergantung kepada permintaan stesen televisyen di bawah syarikat berkenaan.

“Kalau stesen televisyen sanggup dengan bayaran RM3,000 satu episod seperti mana yang dituntut kita akan ambil dia berlakon tetapi saya tidak fikir keperluan untuk membayar sedemikian rupa,” katanya.

Tambahnya, tawaran untuk membintangi drama berkenaan diberikan kepada Rozita Che Wan selepas memikirkan penglibatan pelakon itu bagi cerita serupa iaitu Diari Ramadan Rafique yang pernah disarikan sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, pihak Grand Briliannce Sdn Bhd berjaya menggantikan Rozita Che Wan dengan pelakon Sharifah Shahirah gara-gara masalah tersebut.

Sementara itu menurutnya penggambaran yang berlangsung pertengahan Ramadan lalu itu dijangka berakhir pada minggu hadapan melibatkan beberapa lokasi seperti Langkawi, Kedah dan ibu negara.

“Kami bersyukur walaupun masalah yang berlaku itu menyebabkan kerja-kerja penggambaran menjadi kelam kabut tetapi Goyang Rafique dapat dilaksanakan dengan baik selepas penglibatan Sharifah Shahirah,” katanya.

Menerusi media hiburan, Selasa, Rozita Che Wan menafikan dakwaan mengatakan dia semakin “demand” selepas pulang mengerjakan umrah termasuklah meletakkan jumlah bayaran tinggi kepada mana-mana syarikat produksi yang mahu mengambilnya berlakon. -Mstar.

Tengok Video Rozita Che Wan Sexy Hot Mantap Mahu Kahwin VIP.


mohdrohaizad.com - Yelah, tengah laku Rozita Che Wan kan? Rozita Che Wan memang demand minta bayaran mahal tinggi untuk lakonannya kerana padat dengan jadual drama dan filem. Nanti dah Rozita Che Wan tak laku barulah dengan bayaran ciput pun akan diambil tu pun kalaulah Rozita Che Wan tak kahwin dengan orang kaya jutawan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rozita Che Wan  Demand Bayaran Mahal Tinggi Untuk Lakonan By Mohd Rohaizad. Published: 22.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...