CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rumah Kamal Adli Kekasih Intan Ladyana Masuk Pencuri


Rumah Kamal Adli Kekasih Intan Ladyana Masuk Pencuri

Pelakon Kamal Adli mengesyaki pencuri yang memecah masuk rumah keluarganya di Bangi dekat sini kira-kira pukul 5 pagi Jumaat dilakukan oleh individu yang dikenali keluarga mereka.

Kata Kamal Adli, kejadian kecurian kali kedua itu merupakan sesuatu yang menghairankan kerana pencuri tersebut mengetahui barang-barang yang diletakkan di tempat tertentu.

Gambar Rumah Kamal Adli Dimasuki Pencuri
Gambar Rumah Kamal Adli Dimasuki Pencuri

"Saya masih lagi dalam keadaan pelik dan hairan kerana pencuri tersebut memasuki rumah saya melalui pintu depan dan mengambil barang-barang komunikasi dan elektronik seperti beberapa telefon bimbit, kamera, Ipad 2, Galaksi tab dan wang tunai.

"Padahal Ipad 2 yang baru dibeli oleh adik saya itu diletakkan di tempat tertentu, saya mengesyaki pencuri tersebut orang yang pernah masuk rumah saya," kata Kamal Adli ketika dihubungi media.

Menurut Kamal Adli anggaran kerugian yang dialami bernilai lebih RM10,000.

Tambah Kamal Adli, lebih menghairankan apabila tiada seorang pun daripada ahli keluarganya menyedari kejadian tersebut walaupun abangnya baru sahaja pulang ke rumah kira-kira 4 pagi.

Gambar Kamal Adli Kekasih Intan Ladyana Cantik Jelita
Gambar Kamal Adli Kekasih Intan Ladyana Cantik Jelita

"Pencuri itu masuk melalui bahagian depan rumah dengan memecahkan pengunci dan pintu sebelum menyelongkar semua barang-barang yang ada di tingkat bawah rumah mereka.

"Saya pelik kenapa tiada yang sedar kejadian itu kerana abang saya pulang ke rumah pukul 4 pagi dan mereka baru sahaja tidur. Lagi pula kesemua adik beradik saya ada di rumah ketika itu," jelas Kamal Adli yang ketika itu berada di rumahnya di Ampang.

Tambah Kamal Adli, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bangi sejurus menyedari kejadian tersebut. -Mstar.

Tengok Video Kamal Adli Seksi Hot Bersama Intan Ladyana Sesi Fotografi.

mohdrohaizad.com - Kesian kepada pelakon Kamal Adli kekasih Intan Ladyana sebab rumah dimasuki pencuri perompak barang berharga. Kira pencuri tersebut memang orang dikenali sebab berjaya mencuri walaupun ahli keluarga Kamal Adli ada semuanya di rumah. Pandai sungguh pencuri tersebut, semoga polis berjaya menangkapnya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rumah Kamal Adli Kekasih Intan Ladyana Masuk Pencuri By Mohd Rohaizad. Published: 10.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...