CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rusdi Ramli Sudah Biasa Sambut Raya Di Kuala Lumpur


Rusdi Ramli Sudah Biasa Sambut Hari Raya Di Kuala Lumpur

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pelakon Rusdi Ramli mengakui sudah biasa menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur.

Kata Rusdi Ramli, ketika remaja dia pernah teringin untuk menyambut hari kebesaran tersebut dalam suasana kampung seperti kebanyakan orang lain, namun Rusdi Ramli tidak berpeluang.

"Dulu memang saya ada perasaan teringin untuk pulang beraya di kampung halaman seperti kawan-kawan yang lain tetapi malangnya keluarga saya kesemuanya berasal dari Kuala Lumpur.

"Tapi sekarang bila dah dewasa ini dah tiada lagi perasaan nak balik kampung, beraya di sini (Kuala Lumpur) pun meriah juga," kata Rusdi Ramli.

Gambar Rusdi Ramli Sudah Biasa Sambut Raya Di Kuala Lumpur
 Gambar Rusdi Ramli Sudah Biasa Sambut Raya Di Kuala Lumpur

Tambah Rusdi Ramli, biarpun haya beraya di ibu kota namun Rusdi Ramli masih dapat merasakan suasana raya yang berbeza berbanding Hari Raya sebelum ini.

"Kalau dulu Kuala Lumpur akan sunyi sepi selama seminggu kerana ramai yang pulang beraya namun perbezaannya sekarang tiga hari raya sahaja sudah kembali sibuk," kata Rusdi Ramli.

Bercerita tentang raya, Rusdi Ramli berkata dia dan keluarga menyambutnya dengan sederhana.

"Seperti orang lain juga persiapan kami biasa-biasa saja, baju raya Alhamdulillah ada sepasang dan kami tidak ada apa-apa tema sebab raya perlu berwarna-warni," kata Rusdi Ramli gembira. -MStar.

Tengok Video Rusdi Ramli Pelakon Paling Popular Malaysia 2008




mohdrohaizad.com - Kesianlah jugak bila semua keluarga Rusdi Ramli berasal dari Kuala Lumpur. Sebab itu Rusdi Ramli sudah biasa berhari raya di bandar berbanding merasainya di kampung tradisional.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rusdi Ramli Sudah Biasa Sambut Raya Di Kuala Lumpur By Mohd Rohaizad. Published: 3.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...