CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Saiful Apek Akui Johan Overshadow Dalam Filem Lakonannya


Saiful Apek Akui Johan Raja Lawak Overshadow Dalam Filem Lakonannya

Saiful Apek selalu memegang watak utama di dalam filem-filem bercorak komedi sebelum ini, pelakon yang pernah memenangi Anugerah Bintang paling Popular, Saiful Apek akur apabila  dia kini sudah mempunyai ramai pengganti.

Saiful Apek keluar dengan filem terbaru berjudul Raya Tak Jadi esok dan bergandingan dengan pelakon komedi, Johan Raja Lawak, jelas Saiful Apek dia sudah bersedia sekiranya dikatakan telah ditenggelami dengan kebolehan dan bakat yang ada dalam lakonan Johan Raja Lawak.

“Watak saya dalam filem Raya Tak Jadi ini memang berlainan dengan watak komedi saya dalam filem-filem yang terdahulu.

“Kalau dulu sayalah peluru, tetapi sekarang saya adalah senapangnya dan Johan pula pelurunya.

“Ini kali pertama saya bergandingan dengan Johan dan saya cukup senang bersama dengannya, ada keselesaan antara kami, dan sepanjang berlakon bersama dia cukup mudah memberi dan menerima idea.

Gambar Saiful Apek Semasa Tayangan Raya Tak Jadi
Gambar Saiful Apek Semasa Tayangan Raya Tak Jadi

“Prof juga memberi kelonggaran untuk kami beraksi dan ada juga beberapa babak yang berlaku secara spontan sahaja tanpa dirancang.

“Saya tak kisah jika satu hari nanti ada yang kata Johan telah ‘overshadow’ saya dalam filem Raya Tak Jadi ini sebab dia memang sangat berkebolehan dan dia tidak perlu diajar untuk membuat komedi.

“Memang saya beri dia overshadow saya sebab dia kini subjek utama untuk penonton dan saya hanya membantunya sahaja,”jelas Saiful Apek.

Tayangan Raya Tak Jadi

Jika sebelum ini, pengarah filem Raya Tak Jadi, Prof Razak Mohaidden ada melahirkan rasa terkilannya lantaran filem terbarunya ini tidak dapat disiarkan pada hari raya pertama yang lalu, bagi pelakon utamanya, Saiful Apek semua ini tidak menjadi masalah.

“Saya tidak kisah bila tayangannya, kalau betul-betul pada hari raya sekalipun, sudah tentu orang lebih memilih untuk pergi beraya berbanding menonton wayang di panggung.

“Pada saya sekarang ini pun sesuai untuk disiarkan kerana kebanyakan orang masih merasai  perasaan raya,”jelas Saiful Apek. -ManggaOnline

Tengok Video Saiful Apek Dalam Pembikinan Filem Raya Tak Jadi Dibelakang Tabir.



mohdrohaizad.com - Saiful Apek mengakui yang johan telah overshadow dalam filem lakonannya Raya Tak Jadi. Malah Saiful Apek turut mengakui tidak dapat memegang watak utama selamanya. Semoga Saiful Apek tidak berputus asa dalam melahirkan lawak-lawak komedi yang berkualiti.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Saiful Apek Akui Johan Overshadow Dalam Filem Lakonannya By Mohd Rohaizad. Published: 15.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...