CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sambung PhD (Doktor Falsafah) Demi Filem Malaysia


Dua Pengarah Hebat Sambung PhD (Doktor Falsafah) Demi Filem Malaysia

Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Prof Madya A.Razak Mohaideen bertekad untuk melanjutkan pengajian ke program peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM) semata-mata untuk memajukan industri perfileman negara.

Kedua-dua pengarah filem ini mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin mengkaji kelemahan-kelemahan filem tempatan daripada sudut pandangan sebagai seorang ahli akademik.

"Kita melihat industri filem pada hari ini tidak boleh berkembang ke peringkat yang lebih tinggi sedangkan terlalu banyak lambakan filem-filem tempatan yang keluar setiap tahun tapi hanya tertumpu dalam negara sahaja.

"Kajian yang saya akan lakukan nanti tertumpu tentang kegagalan industri filem tempatan kita untuk menembusi pasaran negara luar sedangkan negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Korea sudah pergi jauh," kata Ahmad Idham pada sidang media selepas majlis penyerahan surat tawaran bagi mengikuti ijazah berkenaan di sini, Isnin.

Gambar Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Prof Madya A Razak  Mohaideen Sambung PhD di UUM
Gambar Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Prof Madya A Razak Mohaideen Sambung PhD di UUM

Jelas Ahmad Idham, dengan pengalamannya melibatkan diri dalam industri perfileman tempatan dia yakin ia dapat membantunya membuat kajian dalam bidang yang dipilih untuk tempoh pembelajaran selama dua tahun.

"Bukan mudah untuk saya diterima sebagai seorang pelajar. Saya melalui pelbagai peringkat tapisan dan temu duga untuk melayakkan saya mengikuti kursus ini.

"Saya yakin pengalaman yang ada dapat membantu proses kajian ini dan secara tidak langsung mendapat jawapan terhadap permasalahan dan kelemahan industri filem kita," kata Ahmad Idham.

Sambung PhD Kaji Kelemahan Filem Malaysia

Sementara itu, Prof Madya A.Razak Mohaideen pula mengambil peluang tersebut untuk mengkaji mengenai cabaran perniagaan filem masa kini dan kelemahan-kelemahan kegagalan sesebuah filem yang dihasilkan.

"Dalam kajian itu nanti saya akan cuba membongkar betapa sukarnya hidup sebagai seorang pembikin filem kerana mempunyai kelompok pasaran yang kecil.

"Pelopor industri filem kita sebelum ini kebanyakannya tidak dapat pendedahan secara formal kerana pengajian filem di Malaysia kurang daripada 20 tahun. Jadi banyak kekurangan yang perlu kita kenal pasti untuk pergi lebih jauh," ujar Prof Madya A.Razak Mohaideen yang juga Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah, Alam.

Bercakap tentang filem-filem terbitannya, Prof Madya A.Razak Mohaideen berkata risiko seorang pengarah adalah untuk mencuba pelbagai genre bagi memenuhi melihat kehendak pasaran.

"Kita sentiasa berdepan dengan kegagalan dan bagi saya ia adalah adat perniagaan kerana tidak semua produk kita berjaya di pasaran.

"Sebagai seorang pengarah kita perlu berhadapan dengan risiko dan jika ia gagal kita perlu melihat puca kegagalan dan perbaiki semula," kata Prof Madya A.Razak Mohaideen.

Adakah Setelah Tamat PhD Buat Filem Berjaya?

Ketika ditanya tentang penilaian dan jangkauan penonton lebih tinggi terhadap filem-filem arahannya selepas bergelar mendapat PhD nanti, Prof Madya A.Razak Mohaideen berkata dia sentiasa menerima kritikan dan pandangan penonton terhadap filem-filem arahannya.

"Setiap filem yang dihasilkan ada yang disukai dan ada juga yang tidak, jadi saya tetap menerima kritikan yang membina daripada penonton," kata Prof Madya A.Razak Mohaideen.

Kedua-dua pengarah filem ini akan memulakan pengajian pada Oktober depan dengan tempoh dari dua hingga lima tahun bagi menyiapkan hasil kajian tersebut. -Mstar.

Tengok Video Sambung Program Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana / PhD Di UUM.


mohdrohaizad.com - Tahniah diucapkan kepada dua pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Prof Madya A.Razak Mohaideen. Semoga dua pengarah Malaysia ini berjaya semasa sambung PhD (Doktor Falsafah) demi kebaikan filem Malaysia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sambung PhD (Doktor Falsafah) Demi Filem Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 22.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...