CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Shafnie Zainudin - AC Mizal Kedekut Bagi Nafkah Anak


Shafnie Zainudin - AC Mizal Kedekut Bagi Nafkah Anak

Bekas isteri A.C Mizal iaitu Shafnie Zainudin dimaklumkan ada meminjam wang daripada ibunya yang berusia 62 tahun bagi tujuan perbelanjaan anak-anak lantaran nafkah yang diberikan oleh pelakon dan pengacara tersebut tidak mencukupi.

Rapiah Ab Talib yang merupakan seorang pesara juga memberitahu, Shafnie turut meminjam wang daripada ibu saudaranya selain pernah menjual barang kepada kawan-kawan dan saudara-mara untuk mendapatkan wang lebih demi keselesaan dua anak yang diperoleh hasil perkahwinannya dengan A.C Mizal.

"Saya tolong setakat termampu. Saya tahu duit tidak cukup kerana plaintif (Shafnie) selalu mengadu nafkah yang diberikan oleh defendan (A.C Mizal) tidak mencukupi," kata Shafnie pada afidavit keterangannya yang dikemukakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Selasa.

Afidavit keterangan tersebut diikrarkan pada 25 Ogos lalu dalam kapasitinya sebagai saksi kedua dalam permohonan Shafnie untuk mengubah nafkah anak berjumlah RM300 kepada RM3,770 sebulan yang dituntutnya daripada pelakon tersebut.

Gambar Shafnie Zainudin Cantik Cun Bekas Isteri AC Mizal
Gambar Shafnie Zainudin Cantik Cun Bekas Isteri AC Mizal

Shafnie, 36 tahun, yang merupakan seorang bekas model berkahwin dengan AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39 tahun, pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan anak, Muhammad Shafiq Iman, 15 tahun, dan Muhammad Shabil Iman, 12 tahun, sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001.

Dalam prosiding yang bermula pada pukul 3.20 petang itu, Shafnie diwakili oleh peguam syarie Azmi Rais.

Pada keterangan lain, Rapiah memberitahu, tidak beberapa lama selepas bercerai, Shafnie bersama anak-anaknya kembali menetap dengan dia di Batu 12, Jalan Cheras-Kajang, di sini kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah di Kota Damansara, dekat sini.

"Bila tinggal serumah, saya banyak tanggung makan, minum dan lain-lain termasuk perbelanjaan anak-anak. Saya tidak mampu bantu plaintif menjaga anak-anak sepenuh masa kerana saya tidak berapa sihat," katanya dan menambah Shafnie mengambil pembantu rumah untuk menguruskan anak-anak apabila dia bekerja.

Rapiah seterusnya memberitahu, emosi Muhammad Shafiq Iman dan Muhammad Shabil Iman juga terganggu apabila mendengar cerita mengenai AC Mizal kerana tahu ayah mereka hidup dalam suasana yang senang, sedangkan kehidupan mereka adalah sederhana kerana nafkah yang diberikan tidak cukup.

"Muhammad Shafiq Iman pernah cakap pada saya bahawa masa dia berjumpa dengan defendan di mahkamah, dia tahu ayahnya pakai kasut mahal. Anak-anak itu tahu defendan hidup senang kerana tengok dalam televisyen tentang kekayaan defendan," tambah Rapiah.

AC Mizal Suami Tidak Bertanggungjawab

Saksi menambah, pada pengetahuannya hubungan anak-anak tersebut juga telah lama tidak berjumpa dengan rancangan Maharaja Lawak itu, selain kebanyakan panggilan telefon yang dibuat mereka kepada AC Mizal tidak berjawab.

Menyentuh mengenai pendidikan anak-anak itu, Rapiah memberitahu, Muhammad Shafiq Iman bersekolah di sebuah sekolah swasta Al-Amin di Bangi, dekat sini manakala Muhammad Shabil Iman menuntut ilmu di Sekolah Rendah Seri Sekamati, Kajang, di sini.

"Pada pengetahuan saya, Sekolah Al-Amin bagus kerana membimbing anak-anak dalam pendidikan agama. Tambahan pula, anak-anak tersebut tidak mendapat bimbingan agama daripada bapa kandung mereka. Sejak tingkatan satu, Muhammad Shafiq Iman tidak pernah tinggal solat dan tahu konsep anak soleh," katanya.

Gambar Shafnie Zainudin Seksi Hot Janda AC Mizal
Gambar Shafnie Zainudin Seksi Hot Janda AC Mizal

Tambahnya, yuran persekolahan Muhammad Shafiq Iman melebihi RM200 sebulan dan akan dibekalkan RM2 sehari sebagai wang belanja dan dinaikkan kepada RM5 jika kanak-kanak itu perlu menghadiri aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

"Muhammad Shafiq Iman juga akan menaiki komuter setiap kali menghadiri kelas tambahan," katanya dan menambah, dia tahu A.C Mizal berkemampuan untuk membayar nafkah yang dituntut oleh anaknya kerana kehidupan pelakon itu senang kerana sering keluar di televisyen dan mempunyai syarikat sendiri.

Sementara itu, semasa menjawab soalan peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili A.C Mizal, saksi bersetuju bahawa Shafnie pernah berkahwin untuk kali kedua selepas berpisah dengan A.C MIzal dan perkahwinan tersebut juga berakhir dengan perceraian.

"Saya tak ingat bila mereka bercerai kerana dia kahwin sekejap sahaja," katanya.

Rapiah bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Siti Aishah bahawa permohonan tersebut hanya difailkan selepas perceraian kali kedua berlaku dan memberitahu bahawa isu nafkah itu telah lama timbul semasa Shafnie masih bergelar isteri orang.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah kemudiannya menetapkan perbicaraan bersambung pada 13 September depan untuk membolehkan Siti Aishah meneliti secara terperinci afidavit keterangan Rapiah bagi membolehkan beliau menyoal balas saksi. -MStar.

Tengok Video AC Mizal Beli Kereta Mewah Tetapi Kedekut Bagi Nafkah Anak Bekas Isterinya Shafnie Zainudin.



mohdrohaizad.com - Kesian Shafnie Zainudin yang jelita cun ini terpaksa mengemis AC Mizal yang kedekut bagi nafkah kepada anaknya sendiri. AC Mizal kan dah kaya hasil jual gelang magnet yang berjuta-juta takkan susah nak bagi lebih nafkah anak-anaknya?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Shafnie Zainudin - AC Mizal Kedekut Bagi Nafkah Anak By Mohd Rohaizad. Published: 7.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...