CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Shahir AF8 & Sham Kamikaze Keluar Album Dakwah Islam


Shahir AF8 & Sham Kamikaze Keluar Album Dakwah Islam

Penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Pepisahan, Shahir AF8 lama menyepi. Macam-macam cerita timbul sehingga ada yang membuat spekulasi mengatakan Shahir AF8 sudah hampa dengan dunia hiburan dan mahu berundur. Tak kurang juga yang mengatakan Shahir AF8 kecewa cinta dengan pelakon Rozita Che Wan.

Rupa-rupanya Shahir AF8 sedang mempersiapkan diri menghasilkan lagu-lagu berunsur dakwah bersama Sham Kamikaze. Majalah Mangga berjaya membongkar secara eksklusif kisah Shahir AF8 yang sedang menyiapkan album lagu berunsur kerohanian.

Penulis lirik yang juga isteri Sham Kamikaze, Farazilla memberitahu yang dia sendiri turut terlibat menulis lirik lagu-lagu dalam album Shahir nanti. Farazilla juga pernah rakam lagu dulu.

Farazilla Isteri Sham Kamikaze Tulis Lirik

"Insya-Allah Abang Sham akan bekerjasama dengan Shahir untuk menghasilkan sebuah lagu yang berunsur dakwah. Semuanya masih dalam perbincangan," kata Farazilla kepada wartawan Mangga, Deel.

Kalau mahu tahu lebih lanjut pasal projek tersebut bacakah dalam majalah Mangga edisi Oktober yang kini sudah berada di pasaran. Ada juga gambar terbaru Shahir AF8 yang dirakam sebelum Shahir AF8 menyepikan diri untuk membuat persediaan tersebut.

Difahamkan majlis pelancaran lagu itu akan dibuat tidak lama lagi. Jadi peminat Shahir AF8 kenalah tunggu bila lagu itu akan mula diperdengarkan. Pasti sedap, sebab Shahir AF8 pun bekas anggota kumpulan nasyid. Bukanlah menjadi sesuatu yang pelik bila Shahir AF8 mahu berubah angin walaupun kejayaannya sebagai penyanyi pop belum sebesar mana.

Gambar Shahir AF8 Seksi Hot Berubah Album Dakwah Kerohanian
Gambar Shahir AF8 Seksi Hot Berubah Album Dakwah Kerohanian

"Saya juga menulis lirik lagu Pendam nyanyian Shahir AF8 yang juga dicipta oleh Abang Sham. Lagu itu mengisahkan seorang lelaki dan perempuan yang ada perasaan cinta, tetapi masing-masing memendamkannya dalam hati," kata Farazilla lagi.

Adakah ia mengisahkan cerita cinta Shahir AF8 sendiri yang payah mahu diluahkan? Hanya Shahir AF8 dan penulis liriknya sahaja tahu cerita di sebalik lagu tersebut. -Mangga.

Tengok Video Shahir AF8 Popular Dengan Lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan.



mohdrohaizad.com - Shahir AF8 mengambil tindakan nekad untuk keluar album berbentuk kerohanian iaitu dakwah Islam bersama Sham Kamikaze. Kami berdoa semoga Shahir AF8 sentiasa berjaya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Shahir AF8 & Sham Kamikaze Keluar Album Dakwah Islam By Mohd Rohaizad. Published: 16.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...