CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Siti Saida & Mohd Ghazali Bercerai Secara Baik


Kakak Siti Nurhaliza, Siti Saida dan Mohd Ghazali Bercerai Secara Baik

Penyanyi Siti Saida yang tinggal berasingan dengan suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri tidak menolak sekiranya suami meminta untuk beraya dengan anak-anaknya pada Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Mereka sedang melalui proses penceraian setelah Siti Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik pada 6 Oktober tahun lalu.

“Saya beraya dengan empat orang anak saya di rumah ibu saya di Kuala Lipis, Pahang pada Hari Raya ini. Tetapi saya masih membenarkan sekiranya suami mahu beraya dengan anak-anak,” kata Siti Saida.

Gambar Siti Saida dan Mohd Ghazali Bercerai Secara Baik Selepas Raya
Gambar Siti Saida dan Mohd Ghazali Bercerai Secara Baik Selepas Raya

Seperti biasa, Siti Saida berkata dia meraikan Hari Raya secara sederhana dan perasaan sedih pasti menyelubungi dirinya apabila pertama kali beraya sendirian tanpa suami.

“Sudah tentu saya rasa raya tahun ini memberikan kelainan apabila beraya secara berasingan dengan suami berbanding sebelum ini.

“Tetapi saya tidak akan menunjuk perasaan sedih itu kepada anak-anak dan cuba menggembirakan mereka,” kata Siti Saida yang berpakat membelikan baju raya untuk anak-anak dengan suami.

Siti Saida, selain beraya dengan ibu dan adik-beradiknya yang lain, Siti Saida juga teruja menyambut Hari Raya dengan nenek sebelah ibunya yang sudah berusia hampir 90 tahun.

Siti Saida, 35 tahun, dan Mohd Ghazali, 41 tahun, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 14 tahun, Anas, 12 tahun, Khalid, 8 tahun, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun. -Mstar.

Tengok Video Koleksia Gambar Siti Saida, Siti Nurhaliza dan Siti Saerah - 3 Adik-Beradik Siti




mohdrohaizad.com - Mungkin selepas raya ini, Siti Saida dan suaminya Mohd Ghazali akan bercerai secara baik tahun ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Siti Saida & Mohd Ghazali Bercerai Secara Baik By Mohd Rohaizad. Published: 3.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...