CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Syarikat Zizie Ezette 2121 Vision Pictures Terbit Drama Telefilem


Syarikat Zizie Ezette 2121 Vision Pictures Terbit Drama Telefilem

Hampir dua tahun Zizie Ezette tidak bergiat aktif dalam dunia lakonan, pelakon sexy Zizie Ezette mengakui rindu untuk kembali ke dunia yang dicintainya itu.

Zizie Ezette ditemui ketika majlis rumah terbukanya di Ukay Perdana pada Sabtu,Zizie Ezette  memberitahu dia sedang menunggu waktu yang sesuai untuk kembali ke persada seni lakonan kerana masih menyesuaikan diri sebagai seorang isteri.

"Saya rindukan dunia lakonan kerana itu adalah minat saya sejak dari dulu lagi cuma kini ada perkara yang lebih penting untuk dilakukan terlebih dahulu iaitu tanggungjawab kepada rumah tangga.

"Tetapi adakalanya saya akan berlakon di hadapan cermin jika rindu untuk berlakon," ujar Zizie Ezette manja.

Gambar Zizie Ezette Seksi Hot Wife Datuk Bung Mokhtar Radin
Gambar Zizie Ezette Seksi Hot Wife Datuk Bung Mokhtar Radin

Zizie Ezette bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, Zizie Ezette turut menegaskan Zizie Ezette tidak akan bersara daripada dunia lakonan dan suaminya tidak pernah menghalangnya untuk kembali aktif berlakon.

Namun kata Zizie Ezette, jika kembali berlakon kelak dia akan lebih selektif terhadap watak dan peranan yang diberikan oleh pihak produksi kepadanya bersesuaian dengan status yang dipegangnya kini.

Zizie Ezette Rindu Berlakon Kembali

"Saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan kepada pihak media untuk bersara dari dunia lakonan. Suami saya juga tidak pernah menghalang jika saya ingin bergiat aktif kembali tetapi keputusan untuk menumpukan kepada rumah tangga buat ketika ini dibuat oleh saya sendiri," kata Zizie Ezette.

Dalam pada itu, bercerita mengenai anak, Zizie Ezette berkata dia sudah bersedia untuk menimang cahaya mata tetapi rezeki belum menyebelahi dirinya dan suami.

"Sudah tentu setiap pasangan yang berkahwin mahukan anak dan tidak terkecuali saya. Saya dan suami masih berusaha tetapi dalam soal ini kita hanya mampu merancang, Tuhan juga menentukannya," kata Zizie Ezette ingin mengandung anak Bung Mokhtar.

Syarikat Zizie Ezette Terbit Drama Telefilem 

Sementara itu, Zizie Ezette yang mempunyai syarikat sendiri yang diberi nama 2121 Vision Pictures memberitahu dia sedang merancang untuk menerbitkan drama dan telefilem sulung dibawah syarikatnya itu.

"Skrip sudah ada tetapi saya tidak mahu terburu-buru untuk menghasilkan drama atau telefilem kerana banyak perkara lain yang perlu diberikan perhatian dalam menjayakan sesuatu projek," ujarnya yang akan mengambil adiknya, pelakon Shaiezy Sam untuk berlakon dalam projek tersebut. -MStar.

Tengok Video Zizie Ezette Terkini Artis Sensasi Malaysia.




mohdrohaizad.com - Zizie Ezette masih cantik jelita kan? Zizie Ezette ingin berlakon kembali tetapi setelah bergelar isteri YB maka kenalah memilih sikit watak sebab kena jaga hati suami Zizie Ezette tu kan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Syarikat Zizie Ezette 2121 Vision Pictures Terbit Drama Telefilem By Mohd Rohaizad. Published: 11.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...