CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Syazwan Zulkifly Hot Lakonan Seperti Benjy


Syazwan Zulkifly Hot Lakonan Seperti Benjy

Syazwan Zulkifly bagaikan mendapat penghargaan, begitulah perasaan yang diluahkan oleh pelakon (Gambar) Syazwan Zulkifly berusia 24 tahun, apabila ramai penonton mengatakan lakonannya seperti jelmaan Benjy.

Syazwan Zulkifly yang pernah menyukai lakonan pelakon itu suatu ketika dahulu akui masih jauh untuk disamakan dengan pelakon hebat yang pernah mendapat anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Telefilem) di Anugerah Skrin TV3 itu.

Gambar Syazwan Zulkifly Dalam Drama Juvana
Gambar Syazwan Zulkifly Dalam Drama Juvana

“Ramai juga orang menyamakan lakonan saya dengan Benjy tetapi saya tidak pasti bahagian mana yang sama.

“Saya tidak kisah dengan apa pun kata mereka dan menerima dengan hati terbuka. Rasa seperti mendapat penghargaan. Mungkin mereka hanya menyamakan saya dengan Benjy kerana menonton lakonan saya dalam drama Juvana,” ujar Syazwan Zulkifly kepada media hiburan.

Syazwan Zulkifly Pemain Bola Sepak Malaysia

Di sebalik lakonan Syazwan Zulkifly yang diceburinya beberapa tahun lalu, mungkin ada yang tidak tahu dia merupakan bekas pemain bola sepak remaja Malaysia.

Malah, Syazwan Zulkifly yang pernah bermain pelbagai posisi merupakan pernah beraksi bersama pasangan kembar Zaquan Adha dan Aidil Zafuan pada usia 14 tahun.

Berbalik kepada karier seninya, Syazwan Zulkifly berkata dia mungkin akan kembali ke bidang sukan tersebut sekiranya tidak bergelar seorang pelakon atau menyambung pengajiannya ke menara gading.

Bagaimanapun, minat dalam bidang seni lebih mendalam dan menebal dalam diri sehingga menyebabkan Syazwan Zulkifly tidak pernah menyerah kalah untuk bekerja dalam industri yang penuh cabaran ini.

Gambar Syazwan Zulkifly Hot Kini Disamakan Benjy
Gambar Terkini Syazwan Zulkifly Hot Kini Disamakan Benjy

“Pada mulanya saya sekadar suka-suka memasuki bidang lakonan apabila kawan ajak jadi pelakon tambahan. Tetapi bukan senang nak dapat kepercayaan ibu bapa saya kerana waktu itu saya masih belajar.

“Namun selepas mereka nampak saya serius, baru mereka beri sokongan. Apabila saya sudah mencuba dan dapat duit poket untuk berbelanja, rasa seronok untuk berlakon lagi. Lama-kelamaan timbul perasaan minat untuk berlakon sebab saya memang suka kerja pada masa lapang seperti ini,” ujar Syazwan Zulkifly yang berasal dari Kuala Lumpur.

Tambah Syazwan Zulkifly: “Saya rasa tak timbul soal terjamin atau tidak apabila menceburi kerjaya ini kerana saya lihat ada ramai juga artis Malaysia yang berjaya dalam bidang ini.

“Yang penting kita semua perlu bekerja keras dan sabar. Jika tidak berlakon lagi, mungkin saya akan menceburi bidang pengarahan dan membuka syarikat produksi sendiri kerana saya tidak memandang industri ini pada satu sudut sahaja.” -Mstar.

Tengok Video Syazwan Zulkifly Webcam Semasa Bersama Rakan Juvana.


mohdrohaizad.com - Lakonan Syazwan Zulkifly dalam drama Juvana memang mantap sehinggakan ada yang memberi jolokan Benjy. Adakah Syazwan Zulkifly bakal menjadi hero Malaysia yang terbaru. Yang pasti Syazwan Zulkifly jangan terlibat dengan najis dadah seperti Benjy sudahlah.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Syazwan Zulkifly Hot Lakonan Seperti Benjy By Mohd Rohaizad. Published: 15.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...