CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Vokal… Bukan Sekadar Rupa (Program Realiti TV3)


Vokal… Bukan Sekadar Rupa (Program Realiti Terbaru TV3)

Selepas muncul sebagai juara dalam program Mentor musim kelima, penyanyi serta pelakon terkenal, Erra Fazira kini bakal muncul dalam sebuah lagi program realiti hiburan terbaru di TV3 iaitu "Vokal…Bukan Sekadar Rupa". Walau bagaimanapun, kemunculan Erra kali ini bukan sebagai peserta, namun sebagai juri tetap program tersebut.

“Saya sangat berbesar hati untuk bersama dalam program ini di mana program ini memberi peluang kepada mereka yang berbakat tetapi tidak ada pakej. Bila ditawarkan oleh pihak TV3, saya suka dan ingin menyahut cabaran ini,” jelas Erra Fazira ketika ditemui pada majlis pelancaran program tersebut di Sri Pentas, Bandar Utama baru-baru ini.

Gambar Erra Fazira Sebagai Juri Tetap Program Realiti TV3 Vokal Bukan Sekadar Rupa
Gambar Erra Fazira Sebagai Juri Tetap Program Realiti TV3 Vokal Bukan Sekadar Rupa

Di sebalik pemilihan Erra Fazira sebagai juri tetap dalam program ini, mungkin ada yang akan mempertikaikan kewibawaan serta kelayakannya sebagai juri memandangkan kerjaya beliau sebagai penyanyi tidak begitu menonjol berbanding kerjaya lakonannya. Namun, Erra Fazira si primadona filem ini mempunyai jawapannya yang tersendiri.

Erra Fazira Tidak Layak Jadi Juri Vokal

“Bila disebut tajuk dan diuji pengalaman vokal saya, memang tak cukup seperti orang lain sebab saya lebih kepada lakonan. Namun untuk menilai persembahan, saya okay. Azmeer lebih kepada vokal manakala saya pula lebih kepada untuk memastikan mereka ada peningkatan dari segi persembahan.

“Tugas saya di sini ialah untuk bagi suntikan semangat kepada mereka. Mungkin penampilan mereka tidak menarik, tapi jika ada usaha, mereka boleh jadi ‘somebody’,” kata Erra Fazira yang yakin program Vokal… Bukan Sekadar Rupa ini akan mendapat sambutan ramai.

“Saya rasa untuk program Vokal… Bukan Sekadar Rupa ini, tak ada masalah untuk cari peserta. Pasa mulanya, saya terfikir juga ada ke orang nak masuk tapi saya rasa orang kita ada keyakinan diri dan saya percaya, program ini akan mendapat sambutan nanti.”

Erra Fazira Muncul Dalam Drama Siri Terbaru ‘Kelas Kau Maria’

Menyentuh soal karier, Erra Fazira si pelakon filem Soal Hati dan Cinta Kolestrol ini memberitahu akan muncul dalam drama siri terbaru berjudul, ‘Kelas Kau Maria’ di saluran Astro. Mengenai bidang nyanyian pula, buat masa sekarang, pelakon ini mengakui tidak berkesempatan untuk menghasilkan album baru kerana terlalu sibuk dengan tawaran berlakon.

“Masa tidak mengizinkan saya untuk fokus kepada nyanyian kerana jadual saya padat sampai hujung tahun dan saya tak ada ruang kosong untuk nyanyian. Lagu semua dah ada untuk album baru, cuma tunggu saya saja. Untuk album terbaru ini, saya perlukan satu suntikan semangat yang baru agar ia boleh diterima oleh generasi sekarang,” jelas Erra Fazira yang kali terakhir muncul dengan album empat tahun yang lalu. -Gua.

Tengok Video Promo Program Realiti TV3 "Vokal… Bukan Sekadar Rupa"


mohdrohaizad.com - Layak ke Erra Fazira menjadi juri tetap program realiti terbaru TV3? Ramai yang mempertikaikan Erra Fazira kerana bakatnya lebih terserlah dalam lakonan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Vokal… Bukan Sekadar Rupa (Program Realiti TV3) By Mohd Rohaizad. Published: 24.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...