CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Zain Saidin Hantar Mesej Lucah Ika Nabila AF6


Zain Saidin Hantar Mesej Lucah Kepada Ika Nabila AF6 Di Blackberry Messenger

Pelakon Zain Saidin, 27 tahun, merasakan reputasinya sebagai seorang selebriti agak terjejas apabila isu kononnya dia menghantar mesej lucah melalui Blackberry Messenger kepada penyanyi Ika Nabila didedahkan oleh Melodi pada 4 September lalu.

Kata Zain yang menafikan tentang penghantaran Blackberry Messenger tersebut, dia terkejut apabila isu berkenaan tiba-tiba dibangkitkan sedangkan dia langsung tidak pernah rapat dengan penyanyi tersebut.

Gambar Ika Nabila Seksi Hot
Gambar Ika Nabila Seksi Hot

"Saya terkejut apabila dikatakan menghantar mesej lucah kepada Ika sedangkan kami tidak pernah berkawan rapat atau pun bergandingan bersama dalam mana-mana drama.

"Bila keadaan ini terjadi, saya percaya, reputasi saya sebagai seorang pelakon turut tergugat kerana bukan semua orang suka dengan cerita-cerita negatif tentang selebriti-selebriti tempatan," kata Zain Saidin yang dihubungi media hiburan di sini, Isnin.

Sebelum ini, Ika Nabila terkini pernah membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 bahawa Zain Saidin telah menghantar mesej lucah kepadanya sehingga membuatkan dia rimas dengan mesej-mesej tersebut.

Bagaimanapun, Ika Nabila dan Zain Saidin telah dipertemukan dalam rancangan tersebut menyebabkan kedua-dua mereka saling bermaaf-maafan.

Tambah Zain Saidin, apabila dia disoal secara tiba-tiba oleh wartawan rancangan tersebut, dia terkedu dan tidak sangka namanya boleh dikaitkan tentang cerita-cerita negatif seperti itu.

Gambar Zain Saidin Seksi Hot Nafi Hantar Mesej Lucah
Gambar Zain Saidin Seksi Hot Nafi Hantar Mesej Lucah

"Apa-apa pun saya tidak bersalah tentang hal ini dan tidak mahu memanjangkan cerita. Biaslah, ada yang menyukai kita dan ada yang tidak.

"Lagipun saya tak ambil kisah dengan isu ini. Mana tahu, ada orang lain yang menggunakan nama saya dalam Blackberry Messenger dia (Ika Nabila), saya tak tahu. Biarlah saya terima isu ini sebagai perkara positif," ujar Zain Saidin yang sedang sibuk dengan penggambaran drama Kiah Pekasam musim kedua di Perlis.

Dalam pada itu, Zain Saidin memberitahu, dia dan Ika Nabila tidak lagi mempunyai masalah selepas dipertemukan dalam rancangan tersebut. -Mstar.

Tengok Video Ika Nabila Sexy Hot Live Lagu Kalis Rindu.


mohdrohaizad.com - Mungkinkah ada yang menggunakan telefon Zain Saidin yang menghantar mesej lucah kepada Ika Nabila AF6 di Blackberry Messenger?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Zain Saidin Hantar Mesej Lucah Ika Nabila AF6 By Mohd Rohaizad. Published: 12.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...