CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Almy Nadia Aminuddin Shah Pandai Main Bola Jaring


Almy Nadia Aminuddin Shah Pandai Main Bola Jaring

Tidak mengenali Almy Nadia Aminuddin Shah, 25 tahun, secara dekat namun guru sukan, Sharifah Sauza Al Barakbah, 34 tahun, dapat mengagak bahawa pelakon itu seorang pemain bola jaring.

Katanya, melihat pada pergerakan tubuh, cara melontar dan menjaringkan bola, dia tahu Almy Nadia, pelakon itu tidak berlakon atau hanya beraksi untuk sesi foto S3 yang diadakan di sebuah gelanggang di Setiawangsa.

Sharifah yang kebetulan sedang beriadah dengan tiga orang pelajarnya, Ajwad Arina Azmi, 17 tahun, Nurul Afiqah Razali, 17 tahun dan Nor Syafiqah Roslan, 13 tahun, turut membantu S3 menjayakan sesi foto tersebut.

Biarpun pertama kali Almy Nadia bertemu dengan mereka, namun dia tidak kekok untuk berkongsi pengalamannya bermain bola jaring secara aktif selama lima tahun selepas tamat tingkatan lima.

Gambar Almy Nadia Gaya Sexy Sebelum Main Bola Jaring
Gambar Almy Nadia Gaya Sexy Sebelum Main Bola Jaring

Sebelum beraksi dengan tiga pelajar itu, Almy Nadia terlebih dahulu melakukan regangan untuk memanaskan badan.

Menurut Almy Nadia, sewaktu sekolah rendah, dia aktif bermain hoki dan di sekolah menengah pula, dia lebih kepada acara balapan.

“Semuanya bermula daripada mak yang paksa Almy main bola jaring. Mak Almy seorang jurulatih bola jaring bertauliah. Dia ada pasukannya sendiri.

“Dia kata apa guna ada anak tinggi kalau tidak boleh bermain bola jaring. Pada mulanya memanglah Almy tidak suka tapi lama kelamaan jadi minat pula. Almy main posisi GS atau penjaring utama,” cerita Almy Nadia manja.

Almy Nadia Minat Hoki dan Acara Balapan

Kata Almy Nadia, pasukan bola jaring pimpinan ibunya, Roshiba Hashim, 45 tahun, yang disertai belia dari kawasan Teluk Kumbar dan Balik Pulau itu sering menyertai pertandingan antara belia di daerah Pulau Pinang.

Malah kata Almy Nadia lagi, pasukan mereka juga pernah menyertai World Cup Milo yang diadakan di Universiti Sains Malaysia.

“Waktu aktif bermain bola jaring, memanglah Almy ada impian nak bermain dengan pasukan kebangsaan. Sekarang ini, impian itu sudah berkubur, maklumlah sejak bergelar artis, Almy tidak ada masa nak main bola jaring lagi,” kata Almy Nadia.

Justeru itulah kata Almy Nadia, kalau ada drama yang memerlukan dia beraksi di gelanggang bola jaring, dia akan gunakan kesempatan itu untuk melepaskan rindu pada sukan tersebut. -Utusan Hiburan.

Tengok Video Almy Nadia Seksi Hot Body Mantap Di Photoshop Majalah Maskulin.


mohdrohaizad.com - Almy Nadia sememangnya pandai bermain bola jaring. Tengok gaya pun dah tahu yang Almy Nadia aktif bersukan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Almy Nadia Aminuddin Shah Pandai Main Bola Jaring By Mohd Rohaizad. Published: 9.10.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...