CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Amanda Imani Minta Maaf Sebab Seksi Terlampau


Amanda Imani Minta Maaf Sebab Seksi Terlampau.

Isu berpakaian seksi di kalangan artis Malaysia hari ini menjadi perkara biasa, terutamanya di pentas acara rasmi. Masing-masing seperti berlumba-lumba untuk mendedahkan bahagian badan, terutamanya di kalangan artis wanita.

Biarpun mengetahui kesan jangka panjang terutama kecaman masyarakat Malaysia yang cukup sensitif bab pakaian, namun fesyen ‘terdedah’ tetap menjadi pilihan.

Selalunya, artis yang yang sedang merangkak mencipta nama menjadi mangsa.

Bila sudah dihentam teruk, barulah artis terbabit meminta maaf, esok lusa buat lagi.

Gambar Amanda Imani Mohon Maaf Sebab Seksi Terlampau Tayang Body
Gambar Amanda Imani Mohon Maaf Sebab Seksi Terlampau Tayang Body

Situasi yang hampir serupa terjadi kepada penyanyi Amanda Imani yang berani menyarung gaun terdedah bahagian belakang pada majlis perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza di ibu kota, minggu lalu.

Amanda Imani merupakan pemenang Vokal Terbaik Artis Baru Wanita di Anugerah Planet Muzik 2011 ini dikecam lantaran keberaniannya memakai baju berwarna hitam berkenaan.

Apa sudah jadi ni Amanda Imani? Amanda Imani hendak cepat popular sangatkah sampaikan sanggup mendedahkan bahagian badan sebegitu rupa?

“Saya minta maaf andai ada yang tidak berkenan dengan cara pemakaian saya. Ini kali pertama saya dihentam teruk sebegini,” Amanda Imani ujar jujur, wanita berusia 19 tahun ini ketika ditemui di Bangsar, Rabu lalu.

Alasan Amanda Imani, dia hanya memenuhi tema majlis perkahwinan itu iaitu Manhattan New York yang mahukannya kelihatan lebih elegan dan sofistikated. Kepakaran pereka pakaian Wan Huzairil merealisasikan impian Amanda Imani.

“Saya tak akan memakai sesuatu baju andai tidak yakin. Itu dah jadi prinsip hidup saya. Lagi pun, saya menghormati tema majlis,” ungkap Amanda Imani.

Amanda Imani ditanya tentang pandangannya selepas pakaian itu siap dijahit Wan Huzairil, Amanda Imani ada hujahan tersendiri berhubung perkara tersebut.

Amanda Imani Tidak Fikir Gaunnya Seksi Menjolok Mata

“Gaun itu tidak terlalu seksi sebab saya ada definisi tersendiri tentang seksi. Seksi tidak semestinya secara fizikal tetapi lebih menjurus kepada keperibadian seseorang menguruskan kehidupan,” jelas Amanda Imani.

Mengajukan persoalan sama ada Amanda Imani si penyanyi lagu "Selamilah Cinta" bersedia untuk menerima cemuhan masyarakat dengan idealogi seksinya, wanita ini terdiam seketika.

“Sebelum ini pun ada yang mempertikaikan cara pemakaian saya di umum. Tapi saya tak kisah dan terima semuanya. Kalau nak tahu, saya pernah memakai baju tertutup litup sewaktu membuat persembahan tapi orang tetap cakap saya seksi.

“Jadi, sama ada yang bertutup litup atau terdedah, saya buat kesimpulan, tak payah nak ambil hati dengan apa yang orang cakap. Asalkan saya tahu ia tidak melampau dan keterlaluan,” ujar Amanda Imani. -Utusan Malaysia.

Tengok Video Amanda Imani Seksi Body Hot Dalam "I'm Free" (Yeah) Official Music Video Youtube.


mohdrohaizad.com - Kan tak pasal-pasal Amanda Imani telah kena hentam dengan teruk, malah ada peminat-peminatnya yang mula kutuk Amanda Imani. Amanda Imani ada bakat dan vokal tersendiri. Jangan jadi macam Miera Liyana ya Amanda Imani, terdedah body sana-sani.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Amanda Imani Minta Maaf Sebab Seksi Terlampau By Mohd Rohaizad. Published: 9.10.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...