CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Anuar Zain Kena Bomoh Rohila Tahir Sebab Cinta


Betul Ke Anuar Zain Kena Bomoh Rohila Tahir Sebab Cinta?

Pelbagai spekulasi yang timbul mengenai kisah penyanyi kacak, Anuar Zain sejak akhir-akhir ini selepas kerjaya seninya tidak lagi diuruskan oleh bekas pengurusnya, Rohila Tahir setelah 10 tahun mereka bersama.

Antara cerita kurang enak yang timbul ialah Anuar Zain telah memecat Rohila Tahir berikutan kedua-duanya sudah tidak sehaluan. Malah, timbul pula cerita bahawa pengurus tersebut jatuh cinta padanya serta turut keluar pula gosip dalam sebuah akhbar mingguan mengatakan dirinya dibomoh oleh pihak pengurusan lamanya itu.

Menafikan segala dakwaan tersebut, Anuar Zain tampil memberikan penjelasan secara ekslusif kepada portal murai untuk menjawab isu berkenaan.

"Benar saya dan pihak pergurusan lama sudah membawa haluan sendiri. Namun, semua dakwaan yang diperkatakan ramai adalah spekulasi semata-mata. Pihak saya dan pengurusan lama mempunyai hala tuju masing-masing. Rezeki kami untuk bersama hanya sampai setakat ini sahaja. Saya menolak semua dakwaan-dakwaan yang diperkatakan mengenai kami sebagai contoh dibomoh dan sebagainya. kerana ianya memang tak terjadi," kata Anuar Zain terkilan.

Gambar Anuar Zain Seksi Hot Eksklusif Hensem
Gambar Anuar Zain Seksi Hot Eksklusif Hensem

Bersyukur kerana diberi peluang bekerjasama dengan pihak pengurusan lamanya untuk tempoh yang agak lama, tegas pelantun lagu Sedetik Lebih ini lagi, doanya agar pihak pengurusan lamanya akan lebih sukses lagi di masa akan datang.

"Saya bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan pihak pengurusan lama, kami sama-sama bekerja untuk mencari rezeki yang halal. Saya doakan agar pihak pengurusan lama saya akan lebih berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan dan mendoakan yang terbaik buat mereka," ucap Anuar Zain  lagi.

Pinta lelaki ini, semoga penjelasan yang diberikan akan menamatkan segala spekulasi tidak benar yang semakin bercambah itu.

"Diharapkan dengan jawapan ini tak ada lagi spekulasi yang akan timbul mengenai saya dan pengurusan lama. Saya ingin meneruskan hidup dan kerjaya dalam keadaan yang senang-senang dan tenang selepas ini," katanya.

Anuar Zain Pakai Pengurus Baru "Danil"(Anuar Zain Bukan Gay Ya)

Dalam pada itu, kata Anuar Zain , kini segala pengurusannya dikendalikan oleh pengurus baru iaitu Danil dan dia berharap agar pihak yang ingin mendapatkan perkhidmatannya bolehlah menghubungi lelaki tersebut.

Jelas Anuar Zain lagi, kini fokusnya lebih tertumpu kepada agenda penjualan album barunya yang kini telah pun berada di pasaran yang memuatkan 8 buah lagu iaitu Ajari Aku, Nadi Terhenti, Ku Berjanji Kerna Cinta, Pernahkah, Simpati Cintamu, Sempurnakan Aku, Terindah dan Cinta Harus Memiliki.

"Saya bersyukur kerana sambutan terhadap album baru amat mengalakkan. Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan oleh penggemar muzik tanah air. Saya amar bersyukur di atas rezeki ini," jelas Anuar Zain  lagi. -Portal Murai.

Tengok Video Anuar Zain Lagu "Sedetik Lebih" MTV Youtube.


mohdrohaizad.com - Akhirnya abang Anuar Zain kita telah menjelaskan isu kena bomoh oleh bekas pengurusnya si Rohila Tahir tu. Jadi memang Anuar Zain dan Rohila Tahir tidak bercinta ya sebab hanya spekulasi khabar angin gosip sahaja yang bertiup kencang. Cuma penulis tertanya-tanya, bila Anuar Zain akan bernikah ya?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Anuar Zain Kena Bomoh Rohila Tahir Sebab Cinta By Mohd Rohaizad. Published: 25.10.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...