CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Artis Bercuti Ke Kashmir India Ditaja Jamu Mak Dara Sdn. Bhd.


Artis Malaysia Bercuti Ke Kashmir India Ditaja Jamu Mak Dara Sdn. Bhd.

Penyanyi Maya sudah lama impikan bermain salji. Bukannya tak pernah ke luar negara, tapi dia belum berpeluang cuti pada musim sejuk. Baru-baru ini Mya berpeluang ke Kashmir yang sudah mula masuk musim sejuk.

Kebetulan sehari sebelum menjejakkan kaki ke Kashmir, salji mula turun di puncak pergunungan Himalaya. Pergunungan Gulmarg di Kashmir juga mula dituruni salji. Ia membuatkan Mya sangat teruja bermain salji.

Maya mengikuti rombongan percutian tajaan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. (JMD) bercuti selama lapan hari di beberapa negeri di India iatu Srinagar (Kashmir), Delhi, Jaipur dan Agra. Turut bersama Jaafar Onn dan beberapa stokis syarikat pengedar herba tradisional terkenal itu.

Gambar Maya Seksi Hot Bercuti Di Kashmir
Gambar Maya Seksi Hot Bercuti Di Kashmir


"Saya tak lepaskan peluang bila dapat tahu salji mula turun di puncak pergunungan itu. Walaupun kesejukan sebab kami tidak menyediakan pakaian khusus musim sejuk, tapi saya tetap bergolek main salji," kata Mya kepada wartawan Mangga Online yang juga menyertai percutian itu.

Maya juga teruja melihat keindahan Taj Mahal di Agra yang didirikan sebagai tanda cinta Shah Jehan kepada isteri jelitanya, Mumtaz Mahal.

"Kalau diikutkan mahu saja saya tunggu di sana sehingga malam untuk melihat keindahannya yang bertukar warna mengikut cuaca dan warna persekitaran. Tapi program kami hanya memperuntukkan sebelah siang sahaja merakam gambar di situ," jelas Mya.

Mya dan Jaafar Onn dibawa sebagai rakaman terima kasih kerana  sentiasa memberi sokongan kepada pengeluar itu dalam program-program yang mereka aturkan. JMD banyak menjalankan aktiviti yang melibatkan artis tanah air.

Gambar Rombongan Ke Kashmir India Tajaan Jamu Mak Dara Sdn Bhd
Gambar Rombongan Ke Kashmir India Tajaan Jamu Mak Dara Sdn Bhd

"Mereka sering memberi kerjasama kepada program yang kami jalankan. Mereka juga turut mempromosikan produk keluaran kami dalam program yang mereka kendalikan. Selain mereka ramai lagi artis yang sering memberi kerjasama kepada kami.

"Mungkin pada masan lain, kami akan meraikan artis yang lain pula," kata Pengarah Urusan JMD, S. M. Gadaffi Syed Ali yang turut bersama-sama dalam percutian tersebut. Pengasasnya Halimah Shuib juga turut bersama-sama meraikan beberapa stokis terpilih.

Kalau ke luar negara, pasti tak sah bila tak membeli belah sebagai buah tangan untuk rakan dan saudara di Malaysia. Mya juga tak kurang kuatnya membeli-belah.

Gambar Maya Cun Di Taman Popular Nishat Garden Kashmir
Gambar Maya Cun Di Taman Popular Nishat Garden Kashmir

Kalau tak bijak tawar-menawar akan terbeli barang dengan harga yang lebih mahal daripada harga pasaran. Nampaknya Mya bijak dalam bab tawar-menawar. Biasalah... kalau pelancong asing ke sesebuiah negara, harga yang diletakkan jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

"Saya akan tawar kaw-kaw punya. Kalau mudah berpuas hati dengan harga yang diletakkan, kita akan terbeli. Saya tak tunjukkan yang saya sangat berminat dengan barang yang ditawarkan, sebab kalau kita beriya-iya tunjukkan minat, penjual akan tetap dengan harga tinggi yang diletakkan," kata Mya lagi.

Maya Disangka Gadis India

Maya juga disangka gadis India sebab wajahnya dilihat ada persis wanita dari sana.

Ada yang menegurnya dengan menggunakan bahasa HIndi sebab menyangka dia berasal dari sana. Malah ada yang menyangka  Mya masih anak sekolahan.

"Lelaki Kashmir juga kelihatan pelik bila melihat wanita tampil dengan gaya santai sebab anak dara mereka macam `dikurung' oleh keluarga. Memang jarang kita lihat anak dara mereka keluar rumah," kata Mya lagi. -Mangga.

Tengok Video Model Jamu Mak Dara Berkesan!

mohdrohaizad.com - Best kan bila pergi bercuti ditaja sponsor orang. Bertuah artis Malaysia ke Kashmir India yang ditaja khas Jamu Mak Dara Sdn. Bhd.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Artis Bercuti Ke Kashmir India Ditaja Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. By Mohd Rohaizad. Published: 17.10.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...