CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Eksperimen Rafidah Hampir Terbakar Studio Filem Negara


Eksperimen Rafidah Hampir Terbakar Studio Filem Negara Dalam Rancangan Clever! Edisi Malaysia

Studio rakaman rancangan Clever! Edisi Malaysia musim kedua di Filem Negara, Petaling Jaya, nyaris terbakar gara-gara pengacaranya, Rafidah, membuat eksperimen nyalakan api dalam air.

Kata Rafidah yang menceritakan pengalamannya merakamkan program berkenaan pada awal Januari lalu itu, dia terkejut kerana risau jika kebakaran kecil yang berlaku itu merebak ke seluruh studio.

"Ketika rakaman berlangsung, saya sedang membuat eksperimen menyalakan api dalam air bersama-sama dengan dua pembantu saya. Tersilap langkah agaknya, beberapa barangan eksperimen terbakar.

"Waktu itu pembantu-pembantu saya hanya melihat kerana terkejut. Selamatlah kebakaran kecil itu dapat dipadamkan dengan cepat," katanya yang ditemui pada sidang media program Clever! Edisi Malaysia musim kedua, di restoran Delicious, Mars Residence, di sini, Isnin.

Gambar Aznil Nawawi dan Rafidah Dalam Program Celver Versi Malaysia

Tambah Rafidah, kejadian itu memberikan satu pengalaman yang baru untuk dirinya dalam mengendalikan program tersebut bersama seorang lagi pengacara popular, Aznil Nawawi.

Rancangan kanak-kanak itu disiarkan setiap Sabtu bermula 22 Oktober ini menerusi saluran Astro TVIQ (610).

Kemunculan musim kedua Clever! Edisi Malaysia bakal menghiburkan penonton kanak-kanak dengan pengisian ilmu Sains yang lebih mencabar.

Artis Selebriti Jemputan Clever! Edisi Malaysia

Antara selebriti jemputan yang membuat penampilan istimewa ialah Zizan, Johan dan Nabil (Raja Lawak), Jaclyn Victor, Ana Raffali, Sarimah Ibrahim, Diana Danielle dan Didie Alias.

Kata Aznil pula, selain pelajar-pelajar sekolah, rancangan ini juga akan menguji pengetahuan saintifik para selebriti di mana mereka akan diberikan kumpulan masing-masing.

"Menarik lagi tentang program ini, kita dapat lihat bagaimana pelajar-pelajar sekolah rendah ini berani memberi pendapat tentang pengetahuan Sains masing-masing. "Bagi saya, walaupun ada beberapa pendapat itu salah, mereka sudah boleh dikira bagus. Program ini juga mengajar kanak-kanak untuk berani menyuarakan pendapat mereka," ujarnya.

Gambar Peserta Clever Versi Malaysia

Clever! menampilkan cara pengajaran Sains yang bersahaja di samping didatangkan dengan unsur-unsur komedi.

Pengacaranya, Aznil dan Rafidah akan mencabar dua pasukan pelajar akan diberikan tugas menerusi lima topik saintifik dengan menjawab soalan-soalan yang sukar dibayangkan.

Setiap pasukan terdiri daripada seorang selebriti dan peserta dari sebuah sekolah untuk bersaing. -Mstar.

Tengok Video Peserta Clever! Edisi Malaysia.


mohdrohaizad.com - Ekspekrimen berkaitan bahan letupan api memang bahaya. Diharap pelajar-pelajar program Clever versi Malaysia tidak salahguna bahan-bahan eksperimen yang bahaya sudah.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Eksperimen Rafidah Hampir Terbakar Studio Filem Negara By Mohd Rohaizad. Published: 17.10.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...