CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Fida Ibrahim Berpisah Mamat Sepah Sebab Isu Dedah Rambut


Betul Ke Fida Ibrahim Berpisah Dengan Mamat Sepah Sebab Isu Dedah Rambut?

Gara-gara Mamat Sepah memuat naik gambar tidak bertudung Fida Ibrahim di laman sosial Facebook, percintaan Mamat Sepah dan  Fida Ibrahim menjadi berantakan. Selepas beberapa minggu menjadi bualan hangat, Fida akhirnya tampil membuat kenyataan yang dia dan Mamat telah berpisah.

Dalam satu kenyataan kepada sebuah blog hiburan, Fida Ibrahim mengakui isu gambar dedah rambutnya itu adalah punca utama dia mengambil keputusan untuk berpisah. Bagaimanapun, pelakon itu juga memberi alasan untuk menumpukan perhatian kepada keluarga dan karier terlebih dahulu.

Gambar Fida Ibrahim Berpisah Dengan Mamat Sepah
Gambar Fida Ibrahim Berpisah Dengan Mamat Sepah

Mengulas tentang perpisahan itu, Mamat Sepah yang ditemui  petang tadi mengakui dia mendapat tahu tentang perkara itu daripada pihak keluarga yang menghubunginya untuk mengetahui cerita sebenar.

Mamat Sepah Merayu Fida Ibrahim Kembali

“Terus-terang saya katakan, saya tidak tahu tentang perpisahan ini sehinggalah keluarga saya maklumkan. Sejak kisah ini menjadi paparan media cetak dan elektronik, saya sudah tidak membaca akhbar atau menonton program-program hiburan di televisyen. Saya tidak berani untuk membaca dan melihat kisah saya diperkatakan umum. Saya tidak kuat untuk menghadapi situasi ini.

Jika benar Fida Ibrahim mengambil keputusan untuk berpisah, saya hormati keputusannya itu. Saya akui semua yang berlaku ini adalah salah saya. Saya pun telah minta maaf kepada Fida Ibrahim, tetapi mungkin dia tidak dapat menerima permohonan maaf itu. Apa yang berlaku adalah tidak disengajakan. Tidak mungkin saya hendak memburuk-burukkan Fida Ibrahim kerana saya sayangkan dia. Saya terima keputusan Fida untuk berpisah. Mungkin ini adalah hukuman terhadap kesilapan yang saya lakukan. Saya anggap semua yang berlaku ini adalah takdir,” ulas Mamat Sepah sedih.

Mamat Sepah Ingin Bersemuka Dengan Fida Ibrahim

Walaupun redha, Mamat Sepah juga bertegas ingin menemui bekas kekasihnya itu. Bagi Mamat Sepah, Fida Ibrahim tidak boleh hanya memberi kenyataan sudah berpisah tanpa berjumpa atau bersemuka dengannya.

“Saya tahu Fida Ibrahim seorang yang jujur dan tidak pandai menipu. Jika dia kata mahu memutuskan perhubungan kami, saya percaya dengan kata-katanya itu. Tetapi, saya mahu Fida Ibrahim berjumpa dengan saya dan katakan yang dia ingin berpisah. Jangan hanya beri kenyataan kepada pihak media. Saya rasa caranya itu tidak betul. Ketika mahu bercinta, kenapa boleh bersemuka? Apabila hendak putus, mengelak daripada berjumpa pula. Saya mahu Fida putuskan hubungan ini secara baik,” luah Mamat Sepah.

Gambar Mamat Sepah Playboy Curang Sosial Bermasalah
Gambar Mamat Sepah Playboy Curang Sosial Bermasalah

Sejak konflik itu tercetus, difahamkan Mamat hanya berpeluang berjumpa dengan Fida Ibrahim sebanyak sekali. Malah, Fida Ibrahim juga dikatakan enggan berbicara melalui telefon. -Gua.

Tengok Video Mamat Sepah Perjelas Isu Perpisahan Dengan Fida Ibrahim.



mohdrohaizad.com - Nasib kaulah Mamat Sepah, dah terlajak malukan Fida Ibrahim di facebook. Kira bulan ini orang sembang tentang si Mamat Sepah yang bermasalah ini. Keputusan Fida Ibrahim memang tepat sekali tinggalkan Mamat Sepah. Adda Butterfly pun boleh bertepuk tangan bila tengok Mamat Sepah terbukti memang playboy curang dan sosial bermasalah. Insaflah Mamat Sepah oi..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Fida Ibrahim Berpisah Mamat Sepah Sebab Isu Dedah Rambut By Mohd Rohaizad. Published: 11.10.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...