CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isteri Tomok, Ayu Hamil Mengandung Anak Sulung


Tahniah! Isteri Tomok, Ayu Hamil 2 Bulan Mengandung Anak Sulung.

Gembira dengan berita kehadiran orang baru yang bakal mewarnai rumahtangganya, penyanyi, Tomok akui terpaksa beri lebih perhatian pada isterinya, (Gambar)  Siti Rahayu Abas atau Ayu yang kini telah disahkan hamil 2 bulan.Malah, Tomok atau nama sebenarnya (Gambar) Shah Indrawan Ismail, 27 tahun, memberitahu dia perlu sentisa bersama isterinya di rumah bagi memberi lebih penjagaan terhadap Ayu."Alhamdulilah, saya sangat gembira sekali dengan rezeki yang Tuhan beri ini.

Lagipun memang saya mahu menimang cahaya mata secepat mungkin kerana saya amat sukakan kanak-kanak. "Cuma agak kasihan dengan Ayu kerana sekarang ini dia mengalami alahan mengandung yang agak teruk. Dia sering muntah-muntah terutama setiap pagi. Jadi saya selalu menemani dan memberi perhatian yang lebih kepadanya."Yelah, sejak hamil ini, saya lihat dia seperti mahukan perhatian dan belaian yang lebih daripada saya. Jadi untuk itu, saya akan duduk di rumah menjaganya sahaja jika tiada apa-apa kerja yang penting memerlukan saya keluar," kata Tomok kepada portal murai ketika dihubungi.

Gambar Tomok Gembira Isterinya Ayu Hamil Mengandung Anak Sulung
Gambar Tomok Gembira Isterinya Ayu Hamil Mengandung Anak Sulung

Apa yang pasti, berita kehamilan isteri Tomok itu hanya diketahui menerusi perbualan telefon dari Ayu yang ketika itu Tomok berada di Istanbul bagi menjayakan sesi pengambaran filem Istanbul Aku Datang. Sebaik sahaja pulang dari Istanbul, Tomok membawa isterinya berjumpa doktor.

Tomok yang tidak menyangka bakal menimang cahaya mata yang agak cepat sejak berumahtangga pada 1 Julai lalu mengakui mahukan anak yang ramai bagi menyeri kehidupannya suami isteri."Saya tidak kisah jantina anak pertama saya nanti, tetapi saya merancang untuk menimang cahaya mata sebanyak yang mungkin. Namun, saya target kalau boleh menimang empat orang anak pun sudah mencukupi bagi keluarga saya," luahnya.

Dalam pada itu, Tomok turut gembira dan bersyukur kerana lagu nyanyian serta nukilannya, Bagaikan Biddari telah tercalon dalam Muzik Muzik 26 Separuh Akhir baru-baru ini."Memang sangat bersyukur dan gembira bila dapat tahu lagu ini berjaya masuk ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 26. Harapan saya sangat tinggi kerana ini acara yang ditunggu-tunggukan oleh semua. Saya akan buat yang terbaik dan harap lagu ini dapat masuk ke peringkat akhir," tambah Tomok lagi. -Portal Murai.

Tengok Video Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi Tomok dan Ayu.


mohdrohaizad.com - Tahniah kepada Tomok dan Ayu yang hamil 2 bulan mengandung anak sulung.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isteri Tomok, Ayu Hamil Mengandung Anak Sulung By Mohd Rohaizad. Published: 27.10.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...