CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Tony Eusoff Vs Anthony Joseph (Murtads in Malaysia and Singapore)


Isu Tony Eusoff Vs Anthony Joseph (Murtads in Malaysia and Singapore)!

Isu pembabitan pelakon Tony Eusoff dalam sebuah grup bertajuk “Murtads in Malaysia and Singapore” di laman sosial Facebook diungkit semula. Isu tersebut mula disebut dalam Berita RTM pada 1 Syawal yang lalu.

Namun, isu murtad itu dibangkitkan semula oleh pelayar Forum Cari dengan tajuk “Biar Betul!!!Anthony Joseph vs Tony Eusoff” semalam dengan memaparkan nama pemilik akaun Facebook iaitu Anthony Joseph sebagai salah seorang ahli grup tersebut.

Mengulas pembabitan Tony Eusoff  dalam grup tersebut seperti yang disiarkan stesen televisyen kerajaan itu, pelakon yang menggunakan nama pentas Tony Eusoff cukup terkilan dengan isu tersebut.

Gambar Tony Eusoff Perjelas Isu Murtads in Malaysia and Singapore
Gambar Tony Eusoff Perjelas Isu Murtads in Malaysia and Singapore

“Isunya di sini adalah etika kerja. Mereka sepatutnya menggunakan budi bicara mereka untuk bertanya sendiri kepada saya mengenai isu tersebut sebelum menyiarkan berita tersebut. Memang saya agak sedih kerana selama ini hubungan saya dengan RTM amat baik dan tidak salah sekiranya mereka bertanya sendiri pada saya. Penyiaran berita tersebut telah memberikan persepsi buruk masyarakat terhadap saya,” jelas Tony Eusoff  yang telah berbincang dengan pihak pengurusannya, Aquila Emas mengenai isu tersebut.

Ekoran nama pentasnya yang berbunyi keMelayuan, Tony Eusoff  telah dituduh sebagai salah seorang yang telah murtad dan turut terlibat menyokong pergerakan memurtadkan orang Islam di negara ini dan di Singapura. Pelbagai komen berbentuk cercaan telah dilontarkan oleh mereka yang melayari forum tersebut.

Tambah Tony Eusoff  lagi, namanya itu diberikan oleh seorang produser berstatus Hajjah sewaktu mula melibatkan diri dalam bidang lakonan di televisyen.

“Saya menerima baik nama Tony Eusoff dan saya yakin nama itu cukup sesuai dengan saya. Apabila nama pentas saya dijadikan isu untuk dipertikaikan agama saya, saya tidak mahu mengambil berat isu tersebut kerana pegangan agama setiap individu adalah hak masing-masing dan bukannya untuk orang lain menjadi hakim dan berlaku seperti Tuhan atau sebaliknya,” tambah Tony Eusoff  lagi yang kini sedang sibuk berlakon dalam teater muzikal The Secret Life of Nora di Istana Budaya yang dipentaskan hingga 22 Oktober ini.

Tidak gentar dengan persepsi masyarakat terhadapnya, Tony Eusoff  yakin dia mengambil jalan yang terbaik dengan tidak mengendahkan pelbagai tuduhan dan kejian yang dilontarkan menerusi Forum Cari.

“Persepsi yang diberikan oleh masyarakat lebih-lebih lagi komen yang diutarakan menerusi Forum Cari memang ada implikasinya pada diri saya. Namun saya sedar, sebagai artis kita adalah hak milik masyarakat dan tidak semua orang akan menyukai kita.

“Setakat ini belum lagi tergerak di hati saya untuk membela diri saya di situ dan tiada gunanya saya melakukannya. Saya malas nak ambil kisah pandangan mereka. Biarlah mereka, sekiranya mereka mahu terus menjatuhkan hukuman. Itulah mentaliti mereka yang lebih gemar bersembunyi di sebalik nama samaran di forum tersebut.” Jelas Tony panjang lebar. -Gua.

Tengok Video Tony Eusoff Dalam Temubual Ekslusifnya.


mohdrohaizad.com - Semakin sensitif berkaitan dengan isu murtad di Malaysia dan Singapura. Pembabitan Tony Eusoff memang sudah dijangka disebabkan beliau sebenarnya bukan Islam tetapi hanya menggunakan nama seperti kemelayuan Islam.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Tony Eusoff Vs Anthony Joseph (Murtads in Malaysia and Singapore) By Mohd Rohaizad. Published: 20.10.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...