CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Izreen Azminda Cemburu Johan Asari Rapat Fasha Sandha


Betul Ke Izreen Azminda Cemburu Johan Asari Rapat Fasha Sandha?

Ada yang kata Izreen Azminda terasa dengan Johan Asari sebab dia nampak mesra dengan Fasha Sandha dalam drama Cinta Elysa. Betulkah?

Memang saya terasa dan terkilan dengan dia. Sebab dia bersikap dingin dan tidak endahkan saya sejak mula berlakon dalam drama itu. Tiba-tiba keluar pula gambar-gambar dan kata-kata macam orang bercinta di Internet. Mestilah saya terasa.

Jadi betullah khabar angin mengenai awak dan Johan Asari bercinta?

Memang kami ni tak sampai ke tahap bercinta, sampai nak kahwin. Tapi hubungan kami sangat rapat. Rapat sejak kami digandingkan dalam drama Juvana tempoh hari. Tapi hubungan itu semakin renggang bila Johan Asari berlakon dalam Cinta Elysa.

Gambar Izreen Azminda Seksi Hot
Gambar Izreen Azminda Seksi Hot

Kalau kawan kenapa nak terasa sangat? Atau memang suka dengan Johan Asari?

Saya mengaku yang saya suka pada Johan. Dulu masa mula-mula bertemu, sumpah! Saya memang langsung tak suka dia. Tapi dia pandai berbual dan ambil hati sampai saya mula selesa dan suka pada dia. Saya percaya sesiapa pun akan tertarik dengan dia. Mungkin karakter dia memang begitu.

Jadi apa masalahnya Izreen Azminda?

Kalau tak bercinta sekali pun, sebagai seorang sahabat yang rapat dengan dia, kenapa secara tiba-tiba dia berubah dan tak endahkan saya selepas terlibat dalam drama itu? Dulu hampir setiap hari dia akan menghubungi dan hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada saya. Dulu cakap dengan saya lain, sekarang lain pula.

Apa yang pernah dia cakap pada Izreen Azminda?

Saya tak mahu dedahkan. Biarlah itu antara saya dan dia sahaja yang tahu kebenarannya.

Apa reaksi Izreen Azminda bila tengok gambar dan kata-kata ala cinta antara Johan Asari dan Fasha Sandha di Tweeter?

Pada mulanya saya tak tahu pun. Kawan-kawan yang beritahu dan tunjuk. Bayangkan perasaan saya bila tengok tu semua. Memanglah kalau boleh saya tak mahu fikir sangat. Tapi kawan-kawan sekeliling bertanya macam-macam hal dan semuanya ditala pada saya. Mestilah saya tertekan. Nak jawab apa pun tak tahu. Iyalah sebab orang tahu kami sangat rapat.

Gambar Izreen Azminda Tidak Bertudung
Gambar Izreen Azminda Tidak Bertudung

Apakah Izreen Azminda anggap Johan Asari mengkhianati hubungan cinta kalian?

Kalau cakap pasal perasan, sebenarnya bercampur-baur. Rasa kecewa, rasa dipermainkan, rasa bodoh semua ada! Tak adalah, saya ni pun berlakon juga, tapi ada ke saya nak bergambar macam tu dan bagi ucapan-ucapan manja dalam Tweeter dengan pelakon lelaki lain?

Mungkin Johan Asari tak biasa lagi dengan realiti drama dalam industri hiburan, mudah dipermain-mainkan. Apa komen Izreen Azminda?

Dia orang baru. Mungkin dia teruja dapat berlakon dengan seorang pelakon cantik. Saya masih ingat lagi, dulu masa mula-mula dia berlakon, nak bergambar dengan perempuan pun dia segan-segan. Ada sekali siap berdoa sebab terlalu gementar. Tapi betullah orang cakap. Manusia boleh berubah. Dia mungkin akan kata yang ia sekadar lakonan.

Apa nasihat pada Johan Asari?

Saya harap dia tak berubah hanya kerana sudah semakin popular sekarang. Orang kata macam kejutan budayalah. Saya juga harap dia lebih berhati-hati dan pandai membawa diri. Lagi satu, saya sebenarnya tak berdendam dengan dia. Memang saya terkilan tapi itu bukan alasan untuk saya tidak bersikap profesional seandainya kami digandingkan lagi dalam projek drama seterusnya. -Utusan Malaysia.

Tengok Video Izreen Azminda Sexy Hot Berlakon Dalam Drama.


mohdrohaizad.com - Bila baca temubual ini seolah-olah Izreen Azminda tergila-gilakan Johan Asari. Betul ke Izreen Azminda bercinta dengan si botak Johan Asari ni? Si Fasha Sandha tu memang suka mengedik dengan hero baru, so harap Izreen Azminda jangan jeles.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Izreen Azminda Cemburu Johan Asari Rapat Fasha Sandha By Mohd Rohaizad. Published: 9.10.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...