CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Joel Sih Yong Ting Juara "The Perfect Gentleman"


Joel Sih Yong Ting Menjadi Juara Program Realiti NTV7 "The Perfect Gentleman".

Selepas memenangi gelaran juara program realiti The Perfect Gentleman di ntv7, Ahad lalu, (Gambar) Joel Sih Yong Ting, 31 tahun, berhasrat untuk meluaskan kerjayanya dengan menceburi bidang lakonan.

Joel Sih Yong Ting yang pernah menyertai bidang peragaan pentas ini menganggap tidak salah sekiranya dia mencuba sesuatu yang baru sekiranya diberi peluang.

“Saya sudah lama bergelar model sambilan sejak memenangi tempat kedua dalam sebuah pertandingan pencarian model di sebuah majalah pada dua tahun lalu.

“Kali ini, saya teringin untuk mencuba bidang lakonan pula jika ada pihak yang berminat untuk mengambil saya sebagai pelakon,” kata Joel Sih Yong Ting kepada wartawan hiburan.

Gambar Joel Sih Yong Ting Menang The Perfect Gentleman
Gambar Joel Sih Yong Ting Menang "The Perfect Gentleman"

Buat masa ini, Joel Sih Yong Ting masih bertugas di sebuah syarikat pembinaan di Klang.

Menyentuh tentang hadiah kemenangan berjumlah RM80,000 termasuk wang tunai berjumlah RM10,000, Joel merancang untuk menjelaskan bayaran ansuran bulanan rumahnya.

"Saya masih tidak menyangka akan memenangi pertandingan ini dan seperti bermimpi apabila melihat wajah saya diumumkan sebagai pemenang kerana ini merupakan pertama kali saya mendapat tempat pertama dalam pertandingan seperti besar.

"Bagaimanapun, saya rasa bersyukur dan berbaloi dengan kemenangan ini kerana saya telah melakukan yang sehabis baik," kata Joel Sih Yong Ting yang menganggap sifat sabar ketika mengendalikan tekanan menjadi faktor kemenangannya.

Pemilik ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran ini juga akui banyak menimba pengalaman baru sepanjang menyertai program tersebut.

Joel Sih Yong Ting Sabar dan Kawal Emosi Semasa Tertekan

"Saya belajar tentang cara untuk beraksi di hadapan kamera dan mengawal emosi.

"Selain itu, kami juga diberikan tenaga pengajar yang mengajar tentang bahasa badan dan saya perlu sentiasa berbadan tegak apabila ditemu bual.

"Bagi menyempurnakan persembahan saya untuk peringkat akhir ini, saya turut mengikuti empat kelas kung fu pada tiga minggu lalu," kata Joel Sih Yong Ting lagi. -Mstar.

Tengok Video Program Realiti NTV7 "The Perfect Gentleman"


mohdrohaizad.com - Tahniah kepada Joel Sih Yong Ting kerana memenangi program realiti NTV7 "The Perfect Gentleman".

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Joel Sih Yong Ting Juara "The Perfect Gentleman" By Mohd Rohaizad. Published: 11.10.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...