CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Johan As’ari Tipu Izreen Azminda Sah Putus Hubungan Cinta


Johan As’ari Tipu Janji Kepada Izreen Azminda Dan Sah Putus Hubungan Cinta!

Pelakon Johan As’ari agak kecewa dengan tindakan pelakon Izreen Azminda yang bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur negatif tentangnya kepada media.

Menurut Johan As’ari, Izreen Azminda sepatutnya berjumpa dan menyelesaikan masalah ‘cinta’ mereka terlebih dahulu sebelum menggembar-gemburkan perkara itu kepada orang ramai.

“Saya tak ingat apa-apa tentang janji yang pernah saya lafazkan sebelum ini tetapi terus-terang kami memang rapat sebagai seorang kawan.

“Pada saya, cinta itu bukanlah perkara yang boleh dimain-mainkan. Kalau jodoh saya sudah sampai, baru saya boleh katakan cinta tetapi dengan dia belum tahap bercinta kerana pada saya cinta itu sangat agung,” kata Johan As’ari menjelaskan tentang kenyataan Izreen Azminda mendakwa mereka pernah bercinta sebelum ini.

Gambar Johan Asari dan Izreen Azminda Umumkan Sah Putus Hubungan Cinta
Gambar Johan Asari dan Izreen Azminda Umumkan Sah Putus Hubungan Cinta

Izreen Azminda akui sudah memutuskan hubungan cinta dengan Johan As’ari akibat terkilan dengan sikap lelaki itu yang enggan mengaku tentang status hubungan cinta mereka yang bermula pada Mei lalu.

Selain itu, punca lain yang lebih menyakitkan hati Izreen Azminda apabila melihat gambar-gambar berdua-duaan melibatkan pelakon Fasha Sandha dengan bekas kekasihnya itu.

Izreen Azminda Sakit Hati Johan As’ari Rapat Fasha Sandha

Difahamkan gambar tersebut diambil untuk tujuan promosi drama Cinta Elysa yang dilakonkan oleh Fasha Sandha dan Johan Asari.

“Saya dengan Fasha Sandha pun berkawan sama seperti saya berkawan denganIzreen Azminda. Saya menganggap mereka ini sebagai rakan artis yang boleh berkongsi pengalaman untuk sama-sama menaikkan industri seni tempatan kerana saya mahu menjadi pelakon yang berjaya.

“Selepas selesai penggambaran drama Cinta Elysa, saya tidak berjumpa dengan Fasha Sandha lagi. Tentang gambar itu, saya rasa tidak salah untuk mempromosikan drama itu dan tiada apa-apa yang pelik berlaku,” kata Johan As’ari yang baru pulang dari Pulau Pangkor bagi menghadiri program Biro Tata Negara (BTN) anjuran Jabatan Perdana Menteri.

Gambar Johan Asari dan Izreen Azminda Memberi Penjelasan Kepada Media Galaksi
Gambar Johan Asari dan Izreen Azminda Memberi Penjelasan Kepada Media Galaksi

Johan As’ari juga kesal dengan sikap Izreen Azminda yang tidak pernah memberikan respons yang baik walaupun dia sudah meminta maaf kepada Izreen.

“Saya sudah minta maaf dengannya atas apa yang berlaku, tetapi dia tidak pernah meminta maaf dengan saya setelah mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama saya.

“Saya berharap selepas ini tiada lagi cerita seperti ini dikeluarkan kerana beri ruang kepada saya untuk berkarya dalam industri,” ujar Johan As’ari. -Mstar.

Tengok Video Johan As’ari dan Izreen Azminda Bersemuka Perjelasan Hubungan Cinta Mereka Yang Sudah Putus.


mohdrohaizad.com - Macam-macam hal la mereka berdua ni. Kisah Johan As’ari dan Izreen Azminda memang panas hangat bulan ini. Adakah benar Johan As’ari tipu Izreen Azminda semasa berjanji cinta dahulu? Mungkin benar kalau tidak takkan si Izreen Azminda nak tergila-gila pulak dekat Johan Asari tu.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Johan As’ari Tipu Izreen Azminda Sah Putus Hubungan Cinta By Mohd Rohaizad. Published: 25.10.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...