CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kakak Ella Terkini Jojie Bertudung / Berhijab Penuh


Tahniah! Kakak Ella Terkini Iaitu Jojie Bertudung / Berhijab Penuh

Baru-baru ini kami telah menghadiri satu sidang media bagi mengumumkan kemunculan penyanyi Ella sebagai artis pembuka tirai untuk konsert kumpulan rockers antarabangsa, Whitesnake. Ketika majlis tersebut, kami sempat bertemu dengan kakak Ella iaitu Jojie yang kini semakin ayu dengan imej barunya berhijab.

Gambar Jojie Terkini Bertudung Berhijab Sepenuhnya
Gambar Jojie Terkini Bertudung Berhijab Sepenuhnya

Jojie atau nama sebenarnya (Gambar) Rozita Binti Aminuddin mula mengenakan hijab sebelum bulan Ramadhan yang lalu. Namun, dalam pada niat baik kakak kepada ratu rock Ella ini berubah, ada segelintir pihak yang mengatakan pemakaian hijab wanita ini hanya sekadar untuk menghormati bulan Ramadhan. Tidak kisah dengan pandangan orang, Jojie mengakui niatnya untuk memakai hijab adalah ikhlas kerana Allah.

Gambar Kakak Ella iaitu Jojie Pakai Tudung
Gambar Kakak Ella iaitu Jojie Pakai Tudung

“Saya dah mula sepenuhnya memakai hijab beberapa hari sebelum Ramadhan. Nawaitu nak pakai hijab dah lama dah, tapi manusia biasalah, suka nak ikut kawan dan sebagainya. Namun, bila dah tiba masa, terus saja nak pakai. Masa itu saya tengah solat Subuh dan sewaktu sujud, hati saya rasa nak pakai sangat-sangat waktu itu juga,” ujar Jojie bersyukur kerana dibuka pintu hatinya.

“Masa tak pakai tudung dulu, bila kita keluar rasa panas saja. Tapi, bila kita tengok orang yang pakai tudung ini, tak panas pula. Bila dah pakai tudung sekarang, baru saya tahu memang tak panas. Alhamdulillah, selepas pakai hijab ini, saya rasa lebih tenang lagi.”

Gambar Ella dan Jojie Seksi Hot Suatu Ketika Dahulu
Gambar Ella dan Jojie Seksi Hot Suatu Ketika Dahulu

Apabila diusik bilakah wanita ini akan menamatkan zaman bujang, al-maklumlah usianya sudah menjangkau 47 tahun, Jojie memberitahu, “Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua di tangan Tuhan. Bukan tak pernah cuba, saya dah pernah tunang pun, tapi nak buat macam mana belum ada rezeki lagi.

“Tuhan masih belum beri jodoh kepada saya lagi, jadi saya redha. Setiap solat saya akan sentiasa berdoa, tapi orang tak tahu ingat saya mengada-ngada dan memilih. Saya tak pernah rasa diri saya ini memilih,” ujar Jojie mengakhiri perbualan. Kredit Foto : Facebook Jojie & Gua.

Tengok Video Jojie Bersama Adiknya Ella Seksi Hot.


mohdrohaizad.com - Tahniah kepada kakak Ella, Jojie telah insaf dan bertudung atau berhijab dengan sepenuhnya. Semoga keinsafan Jojie akan turut menyedarkan rakan artis Malaysia yang lain. Bertudung bukan sekadar trend fesyen terkini ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kakak Ella Terkini Jojie Bertudung / Berhijab Penuh By Mohd Rohaizad. Published: 9.10.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...