CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

(Mizz Nina) Mizz De Menor Jenama Pakaian Dalam Internet


(Mizz Nina) Mizz De Menor Jenama Pakaian Dalam Internet

Penyanyi popular (Gambar) Shazrina Azman (Mizz Nina), 31 tahun, bakal melancarkan perniagaan pakaian secara dalam talian secara kecil-kecilan yang dinamakan Mizz De Menor pada minggu depan.

Menurut Mizz Nina, isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh, ini, perniagaan tersebut akan merealisasikan cita-citanya yang menggemari bidang fesyen selain mahu berkongsi minat itu dengan peminat.

“Saya masih baru dengan perniagaan ini dan memikirkan untuk melakukan ia secara kecil-kecilan.

“Nama De Menor dipilih kerana ia melambangkan cara seseorang itu menonjolkan imejnya sama ada dia seorang yang ‘funky’, seksi dan sukakan warna-warni,” kata Mizz Nina kepada mStar Online.

Gambar Mizz Nina Seksi Hot Terkini Jual Pakaian Dalam Internet
Gambar Mizz Nina Seksi Hot Terkini Jual Pakaian Dalam Internet

Perniagaan ini diuruskan di bawah syarikatnya, Mizz Nina Productions selain albumnya, What You Waiting For yang menjadi projek pertama syarikat tersebut.

Dalam perkembangan lain, Mizz Nina dalam proses menyiapkan album keduanya untuk diterbitkan pada tahun depan.

“Setakat ini saya sudah menyiapkan empat buat lagu dan akan merakamkan tiga hingga empat buah lagu lagi.

“Saya juga sedang memikirkan artis tempatan yang akan berduet dalam lagu terbaru saya nanti,” kata Mizz Nina yang sedang popular dengan lagu Take Over duetnya dengan penyanyi antarabangsa Flo Rida. -Mstar.

Tengok Video Mizz Nina Feat Flo Rida Lagu (Take Over).


mohdrohaizad.com - Terkini Mizz Nina berjaya membuka perniagaan jual pakaian dalam internet dengan jenama Mizz De Menor. Semoga berjaya Mizz Nina.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

(Mizz Nina) Mizz De Menor Jenama Pakaian Dalam Internet By Mohd Rohaizad. Published: 7.10.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...