CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rozita Che Wan 'Kiah Mai Pulak' Dibayar Mahal


Rozita Che Wan Drama 'Kiah Mai Pulak' Dibayar Mahal.

Penerbit Zeel Production, Fadzil Teh mengakui perlu mengeluarkan bayaran yang tinggi kepada pelakon Rozita Che Wan untuk menjayakan drama bersiri Kiah Mai Pulak.

Ini kerana dia tidak mahu mengganggu kesinambungan drama Kiah Pekasam sebelum ini yang pernah disiarkan di Astro Warna (saluran 132).

“Kami terpaksa mengeluarkan bayaran yang agak tinggi atas permintaan Rozita Che Wan dan telah dipersetujui kedua-dua belah pihak.

“Ini kerana kami perlu meneruskan kesinambungan cerita ini memandangkan dia merupakan pelakon utama yang mampu menarik ramai penonton,” kata penerbit Kiah Mai Pulak.

Gambar Rozita Che Wan Dalam Drama Kiah Mai Pulak
Gambar Rozita Che Wan Dalam Drama Kiah Mai Pulak

Tambahnya: “Walaupun dia meminta bayaran yang mahal, tetapi dia masih memberikan komitmen yang tinggi serta menyediakan kostum sendiri yang cantik-cantik untuk penggambaran drama ini.

“Kostum yang dipakai lebih menyerlah dan berwarna-warni berbanding sebelum ini. Dia sanggup membeli sendiri kostum-kostum tersebut. Mengenali Rozita, dia bukanlah seorang yang mudah memakai baju yang ditaja. Lagipun susah untuk mencari penaja yang mampu menepati seleranya.”

Gambar Barisan Para Pelakon Utama Kiah Mai Pulak
Gambar Barisan Para Pelakon Utama Kiah Mai Pulak

Menyentuh tentang gandingan buat kali kedua antara Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang pernah digosipkan bercinta sebelum ini, Fadzil menganggap penglibatan mereka turut dikekalkan bagi meneruskan kesinambungan drama tersebut.

“Tiada sebab untuk kami menyingkirkan kedua-duanya kerana mereka sangat penting untuk mengekalkan kesinambungan musim pertama,” ujarnya.

Sinopsis Kiah Mai Pulak

Kiah Mai Pulak menceritakan Che Kiah telah diminta oleh pihak istana supaya mengendalikan sebuah resort yang baru saja ditubuhkan di daerah Kuala Perlis. Kiah serba salah namun dengan semangat dan tunjuk ajar, Kiah berjanji untuk mengusahakan resort itu hingga berjaya. Masih mengekalkan muka-muka lama seperti Fendy London, Azza Rima, Cip Puteh dan Sabrina Ali, drama ini turut mempertaruhkan Sheila Rusly, Eizlan Yusof dan Aiman (Mentor).

Ia menemui penonton setiap Khamis, pukul 10.30 malam di Astro Warna (Saluran 132). -Mstar.

Tengok Video Rozita Che Wan Dalam Drama Kiah Pekasam Seterusnya Kiah Mai Pulak.


mohdrohaizad.com - Rozita Che Wan memang laku sekarang sebab tu mampu dibayar mahal demi menarik para penonton melihat drama Kiah Mai Pulak! Betul tak?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rozita Che Wan 'Kiah Mai Pulak' Dibayar Mahal By Mohd Rohaizad. Published: 20.10.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...