CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Wilma Muhammad Seksi Hot Rampas Suami Orang


Betul Ke Wilma Muhammad Seksi Hot Rampas Suami Orang?

Pelakon Wilma Muhammad (gambar) belum terbuka hati untuk bercinta atau berkahwin lagi selepas suaminya, juruterbang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Mahir Effendi meninggal dunia pada Januari lalu.

Lantaran itu kata Wilma Muhammad tiada istilah untuk dia bercinta dengan suami orang seperti didakwa dalam ruangan gosip sebuah akhbar pada Ahad lalu.

“Saya terkejut apabila nama saya tiba-tiba dikaitkan bercinta dengan suami orang sedangkan saya belum terfikir ke arah itu buat masa ini.

“Buat pengetahuan semua, saya belum ada perancangan untuk berkahwin kerana belum terbuka hati,” kata Wilma Muhammad kepada media hiburan, Selasa.

Gambar Wilma Muhammad Seksi Hot Suatu Ketika Dahulu
Gambar Wilma Muhammad Seksi Hot Suatu Ketika Dahulu

Nama Wilma Muhammad kembali hangat apabila timbul dakwaan kononnya dia sedang bercinta dengan suami orang sehingga menyebabkan rumah tangga lelaki berkenaan yang juga aktif dengan kegiatan tabligh berantakan.

Bagaimanapun, pelakon filem Ghazal Untuk Rabiah dan Pasrah ini tidak menolak jika ditakdirkan Allah mengenai jodohnya pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain Wilma Muhammad turut memberitahu ada terdengar tentang hajat seseorang untuk merisiknya selepas dimaklumkan oleh keluarga.

Gambar Wilma Muhammad Terkini Bertudung Labuh
Gambar Wilma Muhammad Terkini Bertudung Labuh

“Keluarga saya ada memberitahu bahawa ada orang yang bertanya sama ada saya bersedia untuk menerima lamaran atau tidak.

“Tetapi terus terang saya masih menyayangi arwah suami dan sekarang ini mahu menumpukan kepada kerja yang baru bermula pada tiga bulan lalu selain mahu menyara lima orang anak yang masih kecil,” kata Wilma Muhammad yang bekerja di bahagian pemasaran di sebuah syarikat swasta di Taman Tun Dr Ismail, dekat sini.

Kini Wilma Muhammad menyewa di sebuah rumah di Damansara Utama bersama-sama anak-anak yang dijaga oleh ibu mertua dan pembantu rumah.

“Saya perlu teruskan kehidupan dengan kembali bekerja. Namun, saya belum bersedia untuk berlakon walaupun ada menerima beberapa tawaran lakonan untuk watak wanita bertudung.

“Tetapi untuk masa akan datang saya tidak pasti sama ada akan menerima atau tidak,” ujar Wilma Muhammad lagi. -Mstar.

Tengok Video Filem Lakonan Wilma Muhammad Sexy Hot.


mohdrohaizad.com - Betul ke tidak Wilma Muhammad yang dahulu seksi hot rampas suami orang? Wilma Muhammad sudah menafikannya tetapi tidak pasti sama ada benar atau sekadar gosip.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Wilma Muhammad Seksi Hot Rampas Suami Orang By Mohd Rohaizad. Published: 5.10.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...