CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Zee Avi Artis Malaysia Berjaya Di Peringkat Antarabangsa


Zee Avi Artis Malaysia Berjaya Di Peringkat Antarabangsa Kembali Ke Tanah Air.

Zee Avi, artis Malaysia paling berjaya di persada seni antarabangsa, kini kembali ke tanah air untuk membuat persembahan eksklusif selama tiga malam di Kuala Lumpur, Pulau Pinang & negeri kelahiran Zee Avi sendiri, Kuching, Sarawak. Di samping itu mempromosikan album keduanya bertajuk 'Ghostbird'.

Kisah karier seni Zee Avi memang menarik untuk diperkatakan dan sememangnya, tuah merupakan salah satu aspek dalam menentukan kejayaan seseorang artis itu. Tidak disangka pada September 2007 hanya dengan sebuah rakaman untuk seorang sahabat yang kebetulan tidak dapat menyaksikan persembahannya telah mengubah hidup Zee Avi.

Tuah berpihak kepada anak muda berusia 25 tahun ini apabila dia menerima respons positif daripada pengunjung laman web popular itu.

Rentetan daripada kejayaan itu, Zee Avi terdorong untuk terus memuat naik video nyanyiannya dan daripada situ, bakatnya mula dikesan oleh pemain drum kumpulan The Raconteurs, Patrick Keeler bersama-sama pengurusnya, Ian Montone.

Gambar Zee Avi Seksi Hot Pose
Gambar Zee Avi Seksi Hot Pose

Melihat bakat istimewa yang ada dalam diri Zee Avi, Montone kemudiannya mempromosikan video muzik Zee Avi kepada Emmett Malloy yang terus mengambilnya untuk menjadi artis rakaman di bawah syarikat Brushfire Records.

Brushfire Records merupakan syarikat rakaman milik seorang penyanyi dan komposer terkenal Amerika Syarikat, Jack Johnson.

Sebelum merakamkan album perdananya, Zee Avi terlebih dahulu mencuri perhatian ramai menerusi sebuah lagu "No Christmas For Me" yang dimuatkan dalam album 'This Warm December: A Brushfire Holiday'.

Gambar Zee Avi Artis Malaysia Berjaya Ke Peringkat Antarabangsa
Gambar Zee Avi Artis Malaysia Berjaya Ke Peringkat Antarabangsa

Tarikh 19 Mei 2009 akan terus menjadi sejarah tersendiri buat Zee Avi apabila album pertamanya yang juga mengangkat nama komersialnya mula dipasarkan. Mempertaruhkan muzik akustik pop dan jazz, album Zee Avi telah membuka mata masyarakat antarabangsa bahawa anak kelahiran dari Malaysia juga memiliki bakat setanding dengan penyanyi luar negara.

'Ghostbird' mula di tulis di dapur rumah Zee Avi pada musim panas tahun lalu di Brooklyn, New York. Pada Mac tahun ini, beliau telah merakamkan lagu-lagu itu bersama penerbit Mario Caldato Jr yang terkenal sebagai penerbit kumpulan ‘old-skool’ hip hop, Beastie Boys.

11 lagu telah dirakam selama dua minggu untuk album 'Ghostbird' atau dalam bahasa Melayu ‘burung hantu’. Album ini telah dilancarkan pada 30 Ogos 2011 dengan single pertama beliau bertajuk "The Book Of Morris Jones", yang telah pun dimainkan di kesemua stesen-stesen radio bahasa Inggeris.

Para peminat Zee Avi diharap dapat bersama penyanyi muda berbakat ini untuk menyaksikan persembahan khas darinya. Di samping itu, sebagai pembuka tirai, Imran atau lebih dikenali sebagai Narmi, yang juga pemain dram kumpulan One Buck Short, akan membuat persembahan akustik pada tiga malam tersebut.

Maklumat:
Lokasi:
Kuala Lumpur: KL Live, Life Centre, 17 November 2011
Pulau Pinang: TBA, 19 November 2011
Kuching: Damai Central, Damai Beach, 26 November 2011
Masa: 8 mlm ke atas
Masuk: Tiket berharga RM98 (tiket biasa) and RM158 (tiket premier) melalui www.airasiaredtix.com atau di kedai-kedai Rock Corner dan Victoria Music yang terpilih.
Laman web: www.livescape.asia

Tengok Video Zee Avi Kantoi Sing Along.


mohdrohaizad.com - Selamat kembali Zee Avi ke Malaysia. Buat peminat-peminat Zee Avi, pasti gembira menanti kepulangan Zee Avi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Zee Avi Artis Malaysia Berjaya Di Peringkat Antarabangsa By Mohd Rohaizad. Published: 20.10.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...