CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Afdlin Shauki & Que Haidar Bergaduh?


Betul Ke Afdlin Shauki & Que Haidar Bergaduh?

Kelibat teraju utama filem ‘Misteri Jalan Lama’, Que Haidar yang tidak hadir ke majlis tayangan media filem terbitan Tayangan Unggul baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Pelakon berbakat ini pernah meluahkan hasratnya untuk bersara, namun kami rasa itu bukan alasan untuk beliau tidak hadir ke promosi filem terbarunya.

Lagipun, selepas hasratnya itu, Que Haidar sendiri telah kembali berlakon dalam filem arahan Mamat Khalid, ‘Rock Ooo’. Terlintas juga, adakah Que Haidar si pelakon ini mempunyai masalah dengan tenaga produksi filem di bawah arahan Afdlin Shauki ini.

Gambar Afdlin Shauki dan Que Haidar Nafi Bergaduh
Gambar Afdlin Shauki dan Que Haidar Nafi Bergaduh

Ketika tamat tayangan media baru-baru ini, kami sempat bertanyakan kepada Afdlin Shauki mengenai ketiadaan Que Haidar di majlis tersebut.

“Sebagai aktor, dia dah lakukan kerja yang baik, jadi saya tak akan komen negatif pasal dia. Lagipun, saya tak rasa apa-apa tentang ketiadaannya di sini. Saya tak ada masalah dengan dia sebab saya suka bekerja dengan pelakon yang bagus. Saya sendiri melabelkan dia sebagai pelakon yang bagus di Malaysia.

“Saya sayang dia sebagai seorang pelakon, tapi jika dia sendiri tidak mahu, kita tak boleh nak buat apa-apa. Apa yang penting, filem saya dah jadi. Terima kasih kepada pelakon lain yang datang,” ujar Afdlin Shauki mengenai isu tersebut.

Adakah Que Haidar Dikongkong Linda Jasmine Isterinya?

Kami juga sempat bertanyakan kepada orang kuat Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai mengenai isu ini dan ini jawapan ringkas dari beliau. “Que Haidar memulakan kariernya dengan kita dan kami lihat dia berkembang.

Dia seorang aktor yang bagus dan kami rasa rugilah bila jadi macam ini. Kami sudah berbincang dengannya dan kami respek dengan privasi dia.” (Sumber: Portal Gua)

Tengok Video Koleksi Gambar Majlis Perkahwinan Que Haidar dan Linda Jasmine.




mohdrohaizad.com - Sayang kan Que Haidar yang berbakat dalam lakonan ini terpaksa mengikut privasi yang ditetapkan oleh seseorang. Betul ke Afdlin Shauki dan Que Haidar bergaduh? Rasanya tidak, sebelum ini Que Haidar bukanlah orang sedemikian, hanya selepas berkahwin dengan Linda Jasmine baru Que Haidar seperti hidung dicucuk tali. Nasib kaulah Que Haidar kena Queen Control.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Afdlin Shauki & Que Haidar Bergaduh? By Mohd Rohaizad. Published: 22.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...