CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Anzalna Nasir & Hanif Zaki Nikah Tahun Depan


Anzalna Nasir & Hanif Zaki Merancang Untuk Bernikah Tahun Depan.

Meskipun baru mengecapi kebahagian sebagai sepasang kekasih sejak lima bulan lalu, namun pelakon baru, Nur Anzalna Nasir atau Anzalna, 23 tahun, akui sudah merancang untuk melangkah ke tahap yang lebih jauh.

Malah, hubungan serius yang terjalin bersama kekasihnya, Hanif Zaki, 23 tahun, itu telah mendapat restu daripada ibu bapa kedua-dua belah pihak sejak awal perkenalannya lagi.

Gambar Anzalna Nasir Seksi Hot Tepi Pantai
Gambar Anzalna Nasir Seksi Hot Tepi Pantai

"Sebenarnya kami sudah mula berkawan sejak saya belajar pada tahun 2006. Tetapi kami baru mula rapat dan menjalin hubungan cinta yang serius lebih kurang lima bulan lalu.

"Biarpun singkat, tapi saya sudah mula rasa kami ada keserasian. Kami sudah mula membina sikap saling percaya antara satu sama lain. Tambahan pula keluarga saya sudah merestuinya sejak awal perkenalan kami lagi.

"Jadi bila sudah menjalin hubungan serius ini, sudah tentu kami merancang untuk hidup bersama selamanya. Perancangan untuk berkahwin itu ada tetapi biarlah masa menentukan dan jika diizinkan Tuhan.

"Lagipun, kami sekarang baru sahaja membina kerjaya masing-masing dan mungkin inilah masanya untuk kami mengumpul duit bagi masa depan kami," luah Anzalna Nasir manja.

Gambar Anzalna Nasir dan Hanif Zaki Merancang Untuk Berkahwin
Gambar Anzalna Nasir dan Hanif Zaki Merancang Untuk Berkahwin

Berbeza dengan kebiasaan selebiriti yang lalin, Anzalna Nasir yang juga bekas finalis Dewi Remaja 2011 itu akui dia lebih bersikap terbuka untuk bercerita dan membawa kekasihnya ke mana-mana sahaja bersamanya, walaupun ianya melibatkan acara hiburan.

"Saya tak mampu untuk menafikan atau berahsia mengenai hubungan kami. Kalau nak ikutkan memang di luar kami akan selalu keluar bersama.

"Malah dia bukan sahaja boleh jadi kekasih tetapi dalam masa yang sama dialah kawan saya yang sentiasa menemani saya ke mana sahaja.

"Jadi kalau saya nak nafikan atau berdolak dalih sekalipun, tiada gunanya kerana orang akan tahu juga," jelasnya lagi.

Anzalna Nasir Bercinta Bukan Menunjuk-Nunjuk

Mengulas mengenai keterbukaannya dalam hubungan cinta, Anzalna berkata dia bukanlah mahu menunjuk-nunjuk, sebaliknya mahu bersikap jujur biarpun dia masih baru dalam dunia hiburan.

"Saya akui, kini saya masih dalam peringkat belajar sebagai seorang pelakon. Bagi saya menjadi seorang pelakon bukannya mudah dan saya perlu banyak belajar.

"Jadi jika orang kata saya cuba mencari publisiti murahan dengan sikap terbuka saya iaitu bercerita mengenai peribadi, sudah tentu mereka salah. Ini kerana sebelum ini pun saya diterima berlakon disebabkan bakat yang saya ada," tegasnya.

Anzalna Nasir yang baru sahaja tamat penggambaran filem Sepah The Movie kini sedang menjalani penggambaran untuk drama Aishiteru (TV9) dan drama Gemersik Kalbu (TV3). (Sumber: Portal Murai)

Tengok Video Anzalna Nasir Seksi Hot Peserta Finalis Dewi Remaja.


mohdrohaizad.com - Kami ucapkan semoga hubungan Anzalna Nasir dan Hanif Zaki berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Adakah Anzalna Nasir akan bernikah dengan Hanif Zaki? Sama-samalah kita nantikan mereka tahun depan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Anzalna Nasir & Hanif Zaki Nikah Tahun Depan By Mohd Rohaizad. Published: 24.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...