CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Biodata Profile Heela Monica "Shahila Shariff"


Biodata Profile Heela Monica "Shahila Shariff".

Biodata Profil Heela
 
Nama penuh: Shahila Shariff
Tarikh lahir : 8 September 1993
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 18 tahun
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Email: heela93@yahoo.com
Facebook: hella_monica@yahoo.com

Single Pertama Heela "Migrain"

Setelah sekian lama menanti, kini debaran pendatang baru dalam arena seni suara tanah air, Heela,18, atau nama sebenarnya Shahila Shariff berakhir dengan lahirnya single pertama berjudul Migrain.

Anak jati Kuala Lumpur yang begitu aktif menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sedari usianya masih kecil itu nyata percaya, buah tangan pertamanya yang dicipta oleh Iswandy Atan dan Redzuan Rasat itu bakal memperkenalkan namanya sebaris dengan penyanyi sedia ada.

Ternyata Migrain memiliki keistimewannya tersendiri. Bukan saja ianya dilantunkan oleh Heela yang mempunyai paduan vokal mantap malah muzik rancak yang ada dilamamnya mampu membuat pendengar terhibur.

Gambar Majlis Perlancaran Single Pertama Heela Monica Lagu Migrain
 Gambar Majlis Perlancaran Single Pertama Heela Monica Lagu Migrain

"Memang sudah lama Heela ingin tampil dengan lagu sendiri. Alhamdulillah penantian Heela selama ini dan kesabaran Heela menempuhi pelbagai cabaran untuk melahirkan Migrain menjadi pengalaman terindah yang akan Heela kenang sampai bila-bila.

"Migrain sebuah lagu yang cukup istimewa buat Heela. Disamping kerancakannya, lagu ini terselit lirik berbahasa tagalong yang menjadikannya lain daripada kebiasaan," katanya yang cenderung memilih irama Pop Rock Techno sebagai hadiah sulungnya.

Heela Management Terbit Sendiri Lagu "Migrain"

Migrain diterbitkan dan diedarkan sendiri oleh syarikatnya Heela Management, manakala proses penerbitan telah mendapat kerjasama daripada 87red Comm. Studio.

Bukan sekadar mempertaruhkan rupa semata-mata, gadis kecil molek ini percaya, bakat serta kemantapan vokal yang dimilikinya mampu memberi saingan hebat kepada barisan penyanyi wanita yang sedia ada.

Dia percaya, pengalamannya membuat persembahan di hadapan khalayak dalam beberapa acara hiburan sama ada secara kecil-kecilan atau besar sebelum ini akan sentiasa menjadi panduan untuk dia terus gagah menempuhi cabaran sebagai penyanyi.

Heela Monica Tidak Putus Asa

"Memang banyak cabaran yang Heela tempuhi sebelum ini. Bagaimanapun Heela hadapinya dengan penuh kesabaran tanpa pernah rasa putus asa sehinggalah lahirnya Migrain khusus untuk santapan peminat semua.

"Alhamdulillah, ibu Heela adalah orang yang paling rapat dan sering memberikan sokongan padu kepada Heela. Dialah adalah insan yang banyak mendorong Heela untuk bergelar penyanyi sehingga lahirnya Migrain," katanya.

Selain menyanyi, Heela turut aktif sebagai pelakon dan antara filem mahupun drama yang pernah dilakonkannya ialah Aku Tak Bodoh, Momok Jangan Panggil Aku, Hoore Hoore, Jangan Pandang Belakang Congkak The Series dan Mandi Bunga.

Heela juga pernah terbabit dalam pementasan teater antaranya, Gamat The Musical dan Kita The Musical. (Sumber: Portal Murai)

Tengok Video Music Heela Monica "Migrain" di Youtube.


mohdrohaizad.com - Ini merupakan serba-sedikit biodata profile tentang Heela Monica atau nama sebenarnya Shahila Shariff. Majlis perlancaran secara rasminya single pertama Migrain nyanyian Heela ternyata meriah tetapi perjalanannya masih jauh. Mampukah Heela berjaya? Sama-samalah kita nantikan dan sokong andai ianya berbaloi..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Biodata Profile Heela Monica "Shahila Shariff" By Mohd Rohaizad. Published: 29.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...