CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Bob Kuman Kemalangan Serius (Jatuh Tandas Bilik Air)


Peserta Maharaja Lawak Mega, Bob Kuman Kemalangan Serius (Jatuh Tandas Bilik Air).

Pelakon dan pelawak, (Gambar) Husni Rawi, 39 tahun atau nama gelarannya Bob (Kuman) kini ditahan di Hospital Tawakal Kuala Lumpur selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Kota Damansara pada Jumaat.

Menurut ahli kumpulan Bawal Power (BP), (Gambar) Mohd Sobri Anuar Mohd Tarmizi atau lebih dikenali sebagai Sobri, Bob Kuman terjatuh semasa sedang mandi untuk bersiap-siap untuk mengadakan persembahan di pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) pada malam Jumaat.

"Semasa jatuh bahagian muka Bob Kuman telah terkena pada mangkuk tandas dan telah menyebabkan mukanya cedera akibat hentakan kuat," ujar Sobri ketika ditemui selepas konsert Maharaja Lawak Mega di sini.

Gambar Bob Kuman dan Sobri Kumpulan Bawal Power Maharaja Lawak Mega
Gambar Bob Kuman dan Sobri Kumpulan Bawal Power Maharaja Lawak Mega

Ujarnya, Bob Kuman telah dikejarkan ke Hospital Tawakal dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibantu oleh ahli keluarga terdekatnya.

"Selepas Bob Kuman sedar dia menghubungi saya memberitahu mengenai keadaannya kepada saya dan memaklumkan tidak dapat menghadiri persembahan pada malam ini (Jumaat) kerana kecederaan dialami agak serius," kata Sobri.

Sobri memberitahu, Bob Kuman dilaporkan menerima beberapa jahitan dimukanya akibat hentakan kuat pada mangkuk tandas berkenaan.

Sobri Maharaja Lawak Mega Tampil Solo

Ekoran kejadian tersebut, Sobri tampil bersendirian ketika menyertai konsert minggu ke empat Maharaja Lawak Mega.

"Saya perlu teruskan atas nasihat Bob sendiri dan beberapa rakan-rakan lain seperti Raja Azmi, Mamat Khalid, Afdlin Shauki dan AC Mizal.

"Berdirinya saya pada malam ini tanpa Bob adalah untuknya dan perjuangan kami dalam pertandingan tersebut," kata Sobri sedih.

Jalil Hamid Undian Terendah Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-4

Pada konsert Maharaja Lawak Mega minggu ke empat, Jalil Hamid telah disingkirkan dengan peratusan paling rendah iaitu 46 peratus manakala persembahan solo Sobri untuk kumpulannya BP telah melayakkan menduduki tempat ke empat dengan 62 peratus.

"Saya harap minggu depan Bob Kuman dapat kembali bersama saya di pentas Maharaja Lawak Mega tetapi walauapapun saya mahu dia berehat dengan secukupnya," ujarnya. (Sumber: MStar)

Tengok Video Bob Kuman Kumpulan Ku2 Lagu "Nicky & Rozi".




mohdrohaizad.com - Kami berharap Bob Kuman cepat sembuh dan kembali beraksi semula dalam program Maharaja Lawak. Gandingan Bob Kuman dan Sobri sememangnya antara pasangan yang sering membawa lawak komedi yang berlainan dan gaya tersendiri.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Bob Kuman Kemalangan Serius (Jatuh Tandas Bilik Air) By Mohd Rohaizad. Published: 21.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...