CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Bomoh Hujan Dalam Filem "Vikingdom" (KRU Studios Movie)


Guna Bomoh Hujan Dalam Filem "Vikingdom" Oleh KRU Studios Movie.

Pengarah filem Vikingdom, Yusri Abdul Halim mengakui telah menggunakan khidmat bomoh untuk menahan hujan ketika melakukan penggambaran filem tersebut.

Kata Yusri, dia menggunakan alternatif tersebut sekadar salah satu usaha untuk menjalankan penggambaran filem vikingdom tersebut secepat mungkin.

"Saya tidak percaya tentang perkara-perkara begini tetapi ia hanya hanya satu usaha sahaja untuk kami melakukan penggambaran dengan lancar.

"Alhamdulillah sama ada betul atau kebetulan penggambaran untuk beberapa babak yang dilakukan di luar kawasan berjalan lancar biarpun hujan lebat turun selepas setiap kali selesai penggambaran," kata Yusri ketika majlis memperkenalkan barisan pelakon filem Vikingdom, di Marriot Putrajaya, di sini, Khamis.

Gambar Filem Vikingdom Oleh KRU Studios
 Gambar Filem Vikingdom Oleh KRU Studios

Filem Vikingdom ini membariskan beberapa pelakon antarabangsa seperti Dominic Purcell, Crig Fairbrass, Natassia Malthe dan Jon Foo sebagai tunggak utama.

Filem Vikingdom yang dianggap projek bertaraf antarabangsa bagi KRU Studio ini telah menjalani penggambaran hampir dua minggu di beberapa lokasi di Malaysia.

"Kita menjalankan penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia yang jarang dilakukan oleh produksi lain seperti di Kelly Castle di Perak.

"Sementara lokasi luar negara hanya dilakukan di dalam studio, kami hanya ada masa hingga 21 November ini untuk pelakon-pelakon ini sebelum mereka pulang semula ke negara mereka," kata Yusry KRU.

Bercerita tentang pengalaman mengarahkan pelakon-pelakon popular tersebut, kata Yusri kesemua mereka memberi kerjasama dengan baik sepanjang di lokasi penggambaran.

Gambar Barisan Pelakon Utama Film Vikingdom
 Gambar Barisan Pelakon Utama Film Vikingdom

"Mereka semua profesional dan datang ke lokasi dengan persiapan yang cukup. Mereka juga banyak memberi idea untuk mencantikkan lagi skrip dan cerita.

"Bagi saya sepanjang tempoh penggambaran ini tiada yang berlagak bagus dan lebih penting adalah hasil depan skrin yang memuaskan," tutur Yusri.

Filem Vikingdom ini turut menggunakan 100 peratus bahasa Inggeris dan skripnya ditulis James Coine.

Selain itu, Vikingdom akan menggunakan teknologi terkini, stereoskopik 3D yang pernah digunakan dalam pembikinan filem fiksyen Avatar.

Filem Vikingdom ini dijangka akan berada di pawagam penghujung tahun 2012 atau awal tahun 2013. -Mstar.

Tengok Video Vikingdom Trailer Full MovieDi Youtube Hasil Karya KRU Studios.




mohdrohaizad.com - Nampaknya penggunaan khidmat bomoh hujan berjaya kerana penggambaran filem Vikingdom berjalan dengan lancar. Semua itu kuasa Allah S.W.T. dan tidak salah untuk berusaha cuma jangan bomoh hujan tersebut mengamalkan khurafat dan syirik sudah la. Penulis pernah menggunakan doa untuk menahan hujan tetapi kurang berjaya. Hehehe..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Bomoh Hujan Dalam Filem "Vikingdom" (KRU Studios Movie) By Mohd Rohaizad. Published: 4.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...