CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Brenda Anura Londoh "Mulut Longkang" Suka Glamor Populariti


Brenda Anura Londoh "Mulut Longkang" Suka Glamor Populariti?

Usai wajahnya disolek mampan, terserlah wajahnya yang seakan-akan seorang selebriti terkenal tanah air.

Tentu sahaja ada yang akan mengangguk setuju kalau gadis berusia 18 tahun ini kita samakan dengan pelakon Zizie Izette.

Dari lirikan mata, rangka wajah, kulit putih gebunya, pemilik nama (Gambar) Brenda Anura Londoh Jamin ini persis Zizie, biar ada yang bilang kedua-dua mereka berada dalam dua dunia berbeza.

Brenda? Entah siapa pula si Brenda ini lalu tiba-tiba dia layak mendapat perhatian sebegini rupa. Mungkin ada yang cuba-cuba mempertikaikan kemunculannya pucuk muda ini.

Gambar Brenda Anura Londoh Seksi Hot New Comer
Gambar Brenda Anura Londoh Seksi Hot New Comer

Namun, janganlah dipersendakan keinginan anak kelahiran Kudat, Sabah ini kerana dia juga punya angan untuk menjadi seorang anak seni yang berjaya dalam industri muzik.

Perjuangan Brenda dimulakan dengan single berjudul Mulut Longkang ciptaan Jasnie Mohd Yaakob dan Othman Mahmood.

Bernaung di bawah syarikat rakaman Erama Records, Brenda memulakan langkahnya sebagai penyanyi.

Selayaknya sebagai orang baru dalam dunia hiburan, populariti masih samar untuk diraih gadis genit ini kerana perjalanan itu terlalu jauh. Apalagi dia hadir cuma berlandaskan satu lagu.

Pun begitu, Brenda akui keputusannya untuk menjadi penyanyi adalah sebulat hati, biarpun tidak semudah A, B dan C.

“Saya tahu orang masih belum kenal siapa Brenda. Tetapi saya ada bakat menyanyi untuk dijual.

“Pernah saya tanya pada diri sendiri, sudah bersediakah aku? Macam mana dengan risiko yang mungkin aku akan tanggung?

“Tetapi saya kuatkan juga semangat sebab cita-cita saya sejak dari kecil memang nak jadi penyanyi. Maka saya harus nekad,” katanya.

Brenda Londoh Suka Glamor Popularit?

Meski suka dengan tempias glamor yang diraihnya kini, Brenda bagaimanapun mengaku tidak boleh menipu bahawa kadangkala populariti memberi gangguan emosi terhadap dirinya.

“Adatlah, bila orang sudah kenal kita ni artis, maka hendak ke mana-mana memang tak boleh lari daripada diperhatikan orang, dikerumun dan sebagainya.

“Kadang-kadang ada juga rasa rimas sebab saya sudah kehilangan ruang kebebasan.

“Dalam apa jua yang saya buat pun saya perlu berhati-hati. Sebab lumrah manusia, perkara baik sekali itu sahaja orang nampak. Tapi kalau kita buat salah, selamanya orang akan ingat,” katanya.

Brenda Londoh Diberi Amaran Jangan Main Cinta

Merantau jauh biar bukan di luar negara sekalipun, itu tidak bermakna Brenda telah diberi sepenuhnya kebebasan.

Apalagi melihatkan pada umurnya yang masih muda, mana-mana ibu bapa pasti akan terlahir kerisauan di hati mengenangkan anak dara yang seorang ini tidak lagi bermain di depan mata.

Tahu dirinya belum menginjak ke alam dewasa, kata Brenda dia sebenarnya tidak pernah melupakan pesanan kedua ibu bapanya yang berada di Sabah.

Bukan sekadar menjaga diri, tetapi dia juga telah diberi amaran untuk tidak sibuk mencari teman lelaki apatah lagi terjerumus ke dalam soal cinta.

“Saya memang tak ada teman lelaki. Betul. Saya dah diberi amaran oleh ibu dan bapa supaya jangan sibuk bercinta di waktu sekarang.

“Mereka mahu saya fokus pada kerjaya seni sebab ini yang saya kejar dari dulu. Satu lagi, mereka juga pesan supaya saya jangan perasan!

“Bunyi macam kelakar, bukan? Tetapi sebenarnya mereka tegas,” katanya.

Tidak cuma itu, kata Brenda yang pada awalnya malu-malu untuk berbicara, dia juga diberi garis panduan oleh kedua ibu bapanya supaya sentiasa bersikap rendah diri.

“Kata mereka, di mana pun saya berada, sikap sombong perlu dijauhkan.

“Ikutlah resmi padi dan jangan lupa diri dan kena selalu ingat Tuhan,” kata anak ketiga daripada tujuh beradik ini.

Brenda Londoh Sepupu Marsha Londoh

Bergolak hati untuk mengaju pertanyaan yang sedari tadi disimpan sengaja.

Bukan apa, takut-takut diri tersalah dakwa, nanti malu sendiri yang tanggung. Begitu.

Melihat pada hujung nama, Brenda memiliki satu nama yang sama dengan penyanyi Marsha Milan Londoh.
Mungkinkah kedua-dua mereka punya pertalian antara satu sama lain? Adik-beradik, mungkin?

Dalam senyum seolah tahu dia akan ditebak dengan soalan itu, jelas Brenda, dia dan Marsha bukanlah adik-beradik.

“Marsha ialah sepupu saya. Tetapi hubungan kami tidaklah terlalu rapat. Dia ialah sepupu dari sebelah bapa saya.

“Oleh kerana ibu dan bapa saya sudah bercerai, maka kami langsung tak pernah bertemu.

“Saya cuma tahu yang dia sepupu saya semasa dia menyertai Akademi Fantasia. Itupun cuma melihatnya di kaca televisyen, ” katanya.

Butir bicara itu kemudian mengheret Brenda untuk melayangkan pandangannya mengenai kontroversi yang sering dicetuskan oleh Marsha yang telah diketahui umum.

Brenda Londoh Bukan Klon Mahupun Adik Marsha Londoh

Bukanlah hendak menyamakan Brenda dengan Marsha lantaran ia ibarat jauh panggang dari api.

Tetapi sekadar menggali dasar pemikirannya berhubung bermacam-macam hentaman yang pernah diterima Marsha semenjak menjadi orang terkenal.

“Macam saya cakap, kami tak pernah bertemu biarpun saya sudah menjejakkan kaki ke dalam industri.

“Jadi saya tak boleh pandai-pandai membuka mulut. Tapi bagi saya dia seorang yang baik biarpun orang selalu mengata negatif.

“Saya cuma boleh doakan yang baik-baik sahaja pada dia. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang tetapi saya mohon janganlah kami disamakan,” pintanya. (Sumber: Utusan Malaysia)

Tengok Video Brenda Londoh Lagu "Mulut Longkang".


Adakah Brenda Londoh Gedik?


mohdrohaizad.com - Brenda Anura Londoh Jamin sememang mempunyai iras-iras seperti Zizie Ezzete. Namun gaya Brenda Londoh sedikit kegedikan, mungkin dek kerana kena penangan glamor dan populariti dalam industri hiburan. Mampukah Brenda Londoh berjaya dalam industri seni Malaysia? Sama-sama kita nantikan.. Good luck Brenda Londoh.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Brenda Anura Londoh "Mulut Longkang" Suka Glamor Populariti By Mohd Rohaizad. Published: 27.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...