CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Bunkface Berhijrah ke Jakarta, Indonesia?


Band Bunkface Akan Berhijrah ke Jakarta, Indonesia?

Selepas mendapat maklum balas positif daripada beberapa syarikat rakaman sepanjang berada di Jakarta pada 19 – 23 November lalu, Bunkface dikatakan sedia untuk berhijrah ke negara jiran itu. Desas –desus mengatakan keputusan itu diambil oleh Sam, Youk dan Paan kerana mereka kecewa dengan situasi industri muzik Malaysia ketika ini. Benar atau tidak dakwaan ini?

“Jika melihat kepada situasi muzik negara sekarang ini, kami memang berasa agak sedikit kecewa. Kami tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada penggiat muzik. Ada stesen-stesen radio yang tidak mahu putarkan lagu kami.

Lebih teruk lagi, single terbaru kami, ‘Panik’ telah diharamkan oleh semua stesen radio milik RTM kerana lirik lagu itu mempunyai perkataan Reformasi. Kami difahamkan mereka (RTM) menganggap lagu itu pro-pembangkang. Padahal, tidak sama sekali.

Gambar Kumpulan Bunkface Nekad Berhijrah Ke Indonesia
Gambar Kumpulan Bunkface Nekad Berhijrah Ke Indonesia

Tapi, itu bukan faktor utama kami mahu berpindah ke Jakarta pada tahun hadapan. Sebenarnya bukanlah berpindah, tetapi menetap buat sementara. Kalau semua perancangan berjalan lancar, kami akan mengadakan konsert jelajah Indonesia pada 2012 nanti.

Apabila terlibat dengan konsert sebegini sudah pasti kami perlu tinggallkan Malaysia. Indonesia ini negara yang sangat besar, jadi konsert jelajah pasti mengambil masa yang lama,” ujar Paan mewakili rakan-rakan lain.

Mengulas tentang pencapaian mereka memasuki pasaran Indonesia, Youk memberitahu bahawa bukan mudah untuk mereka mendapat tempat di sana. Jelas Youk, mereka terpaksa bersaing dengan ratusan kumpulan di sana.

Bunkface Bersaing Dengan Band Indonesia

“Memang bukan mudah untuk ke Indonesia. Kami perlu bersaing dengan ratusan kumpulan yang ada di sini (Jakarta). Mujur kami buat semua sendiri. Mula-mula kami promosikan kumpulan kami melalui Facebook.

Cara ini dilihat berkesan kerana kami dapat berinteraksi dengan peminat-peminat Indonesia. Selain itu, penampilan kami di MTV World Stage 2010 juga membantu kami dikenali di sini,” ujar Youk yang ditemui selepas rakaman program ‘Bukan Empat Mata’ di stesen televisyen Trans 7.

Dalam masa yang sama, Paan juga mendedahkan yang  Bunkface sedang mempertimbangkan beberapa tawaran kontrak daripada tiga syarikat rakaman di Jakarta.

“Ketika kami mengadakan persembahan di Hard Rock CafĂ©, Jakarta tempoh hari, ada beberapa wakil syarikat rakaman yang datang dan mereka menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan kami.  Buat masa ini, kami tidak memberikan sebarang kata putus kerana mahu memilih yang terbaik. Kami akan buat perbincangan lanjut dengan mereka dahulu. Selepas semuanya jelas, barulah kami akan buat keputusan,” ulas Youk pula.

Selain sibuk dengan persembahan pentas, Bunkface juga sibuk menguruskan kedai cenderamata dan aksesori yang beroperasi di SS15, Subang Jaya. Kedai yang dinamakan Bunkface Rock Station itu turut menjual barangan cenderamata daripada beberapa kumpulan ‘Indie’ seperti Hujan. Setiap barangan dijual pada harga RM5.00 hingga RM80.00. (Sumber: Portal Gua)

Tengok Video Music Bunkface "Prom Queen".


mohdrohaizad.com - Bunkface memang perlu berfikir panjang untuk berhijrah ke Jakarta, Indonesia. Jika Bunkface fikir band mereka dapat diterima dan peminat pun banyak di sana mungkin boleh dipertimbangkan. Semoga berjaya Bunkface.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Bunkface Berhijrah ke Jakarta, Indonesia? By Mohd Rohaizad. Published: 29.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...