CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Chef Riz Anak Chef Wan Tipu MasterChef Malaysia?


Betul Ke Chef Riz Anak Chef Wan Tipu Palsukan Kelayakan Pengalaman Dalam MasterChef Malaysia?

Hakim program TV MasterChef Malaysia, (Gambar) Mohd Nadzri Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Cef Riz hari ini memohon maaf atas ‘kesilapannya’ memperincikan butiran profil kelayakan beliau secara berlebihan, yang dimuatkan pada laman web Astro Ria.

Chef Riz merupakan salah seorang daripada lima hakim program popular itu yang disiarkan sejak 22 Oktober lalu.

Stesen penyiaran itu berkata, cef berusia 29 tahun itu dipilih sebagai hakim program masak realiti berdasarkan pengalaman beliau sebagai pengendali restoran, hos TV dan personalitinya.

Gambar Chef Riz Tipu MasterChef Malaysia Tentang Pengalaman Masakan
Gambar Chef Riz Tipu MasterChef Malaysia Tentang Pengalaman Masakan

“Cef Riz dengan ikhlas memohon maaf kepada penontonnya kerana memberi gambaran secara berlebihan mengenai kelayakan dirinya dan Astro Ria menerima penjelasan beliau,” kata jurucakap saluran itu dalam kenyataan dua perenggan hari ini.

Terdahulu, seorang jurucakap Astro menegaskan, pihaknya tidak wajar bertanggungjawab atas maklumat profil Cef Riz, yang didakwa tidak tepat.

Stesen penyiaran itu juga telah mengubah maklumat pada profil tersebut awal hari ini, sekitar 9 pagi tadi, sejurus selepas The Malaysian Insider melaporkannya.

“Saya tidak fikir Astro harus pikul tanggungjawab,” kata seorang pegawai kanan dari syarikat itu kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Wakil itu berkata kesemua butiran dalam profil itu diberikan oleh Cef Riz dan Astro akan membuat kenyataan rasmi kemudian.

Cef Riz antara hakim paling muda daripada kalangan lima orang digambarkan pernah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat, tetapi penelitian menunjukkan sebaliknya.

Berdasarkan laporan awal hari ini, dalam profil MasterChef yang diperoleh dari laman web Astro Ria, dia mendakwa pernah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat.

Anak kepada selebriti tempatan Redzuawan Ismail, yang popular dengan panggilan Cef Wan, itu mendakwa pernah bekerja sebagai “chef de cuisine” — yang turut dikenali sebagai ketua cef — di restoran milik Mario Batali, Babbo di New York ketika berusia 22 tahun.

Batali merupakan seorang cef Amerika yang terkenal dan memiliki restoran di New York, Los Angeles, Las Vegas dan Singapura serta pernah muncul dalam siri televisyen “Iron Chef America”.

Gambar Chef Riz Palsukan Pengalaman Kelayakan Dalam MasterChef Malaysia
Gambar Chef Riz Palsukan Pengalaman Kelayakan Dalam MasterChef Malaysia

“Dakwaan ini tidak betul. Encik Nadzri tidak pernah bekerja dengan Babbo,” kata pengarah komunikasi Batali, Pamela Lewy, dalam respons menerusi e-mel semalam.

Ketika dihubungi, Cef Riz menegaskan dia pernah bekerja di Babbo.

“Saya pernah berada di sana selama setahun, dari Januari 2005 hingga Disember 2006,” katanya.

Dia yang berusia 29 tahun sekarang juga memberitahu The Malaysian Insider pernah bekerja sebagai “sous-chef” di Le Bernardin di bawah pimpinan Cef Eric Ripert.

“Sous-chef” merupakan orang kedua dalam penyeliaan dapur dan secara langsung membantu ketua tukang masak.

“Saya berehat sementara sebelum menyertai Le Bernardin selama dua tahun. Saya berada di sana dari Mac 2006 hingga Julai 2008,” katanya ketika dihubungi menerusi telefon.

Pegawai seranta Le Bernardin, Jackie DeGiorgio memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau akan memberi respons selepas membuat penelitian dengan restoran tiga bintang Michelin.

Apabila dimaklumkan bahawa jurucakap Batali menafikan dakwaannya, Cef Riz memberitahu: “Aiyoh! Sungguh aneh. Saya akan teliti dengan mereka.”

MasterChef Malaysia, mirip rancangan realiti masakan MasterChef yang mencetuskan fenomena di kalangan penonton di seluruh dunia, memulakan musim pertamanya menerusi Astro Ria sejak 22 Oktober lalu. -Malaysian Insider & Beautifulnara.

Tengok Majlis Pertunangan Chef Riz dan Ana Dahlia.


mohdrohaizad.com - Chef Riz dah okay sebenarnya jadi juri dalam MasterChef Malaysia cuma bila terbongkar kisah Chef Riz tipu dan palsukan kelayakan dokumennya serta telah disahkan Chef Riz bohong setelah siasatan dilakukan dibuat The Malaysia Insider. Apa nak jadi ya setelah terbongkarnya penipuan Chef Riz ni? Tak sabar nak tunggu komen Chef Wan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Chef Riz Anak Chef Wan Tipu MasterChef Malaysia? By Mohd Rohaizad. Published: 10.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...