CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ezlynn & Adam Fahmy (Majlis Pernikahan Perkahwinan)


Penyanyi Ezlynn dan Adam Fahmy (Majlis Pernikahan Perkahwinan).

Selepas berkenalan enam tahun lalu, akhirnya penyanyi Ezlynn atau (Gambar) Azline Ariffin, 30 tahun, telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu pengurus peribadinya, (Gambar) Adam Fahmy Shamsudin, 35 tahun, sekitar jam 6 petang tadi.

Dengan sekali lafaz, majlis akad nikah telah selamat disempurnakan oleh bapa Ezlynn, Ariffin Alang Ahmad di Roof Garden, Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.

Ezlynn yang juga pelatun lagu Hi Hi Bye Bye itu kemudian menerima sebentuk cincin bertahtakan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Adam bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang.

Gambar Ezlynn dan Adam Fahmy Majlis Pernikahan Perkahwinan
Gambar Ezlynn dan Adam Fahmy Majlis Pernikahan Perkahwinan

Selain sebentuk cincin, Adam turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 serta wang hantaran sejumlah RM20,020.20.

Majlis Pertunangan Ezlynn dan Adam Fahmy

Mempelai telah mengenakan busana rona merah jambu tajaan Oscar Jeprey dari Butik Lagenda Creations. Pada majlis bertunang yang diadakan sekitar jam tiga petang, pengantin perempuan telah menerima lima dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang.

Antara hantaran yang diterima Ezlynn adalah seperti kasut, senaskah Al-Quran dan tas tangan.

Sementara Adam pula, menerima hantaran berupa senaskah Al-Quran, kain songket, kemeja dan cuffling, pakaian untuk berbasikal, sepasang kasut, set haruman serta kaca mata.

Majlis Resepsi Ezlynn dan Adam Fahmy

Rekaan dan deko pelamin berkonsepkan klasik kontemporari ditaja oleh CheDet Butik Nasha, manakala rupa paras Ezlynn telah ditata rias oleh juru mekap Nurul Shukor.

Ezlynn turut menggayakan aksesori seperti sepasang subang gabungan berlian dan butiran mutiara tajaan Rafflesia Pearl Center.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi besar-besaran yang dijangka akan diadakan pada 21 Januari tahun depan. (Sumber: Portal Murai)

Tengok Video Majlis Pernikahan Perkahwina Ezlynn dan Adam Fahmy.



mohdrohaizad.com - Tahniah kami ucapkan diatas majlis pernikahan perkahwinan Ezlynn dan Adam Fahmy. Semoga Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy bahagia ke anak cucu ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ezlynn & Adam Fahmy (Majlis Pernikahan Perkahwinan) By Mohd Rohaizad. Published: 21.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...