CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Faizal Hussein Terkini Nasihat Pelakon Muda Jangan Ghairah


Faizal Hussein Terkini Nasihat Pelakon Muda Jangan Ghairah Terima Sebarangan Tawaran Lakonan.

Pelakon berbakat besar, Faizal Hussein, 44 tahun, menasihati pelakon baru dan lebih muda darinya agar tidak terlalu ghairah menerima setiap tawaran lakonan.

Tegas Faizal Hussein, kadangkala disebabkan mengejar banyak tawaran lakonan menyebabkan seseorang pelakon itu menjadi letih dan sebab itu berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sesetengah artis.

Gambar Keluarga Faizal Hussein Isterinya Suhaila dan Anak-Anak
Gambar Keluarga Faizal Hussein Isterinya Suhaila dan Anak-Anak

“Saya tidak melakukan banyak projek besar secara serentak sebaliknya mengatur masa dengan baik agar menyelesaikan setiap penggambaran satu per satu.

“Saya akan memilih cerita yang menepati kriteria yang dicari dan selebihnya saya akan menolak,” kata Faizal Hussein.

Filem Abu Ya Pelakon Utama Faizal Hussein

Pelakon yang telah melakonkan 25 buah filem seperti Abu Ya, Bunohan, Datin Ghairah, Pontianak Menjerit, Sate, Kanta Serigala dan Gila-Gila Remaja ini akui sangat seronok bergelar pelakon sejak menceburi bidang ini pada usia lima tahun.

Faizal Hussein merupakan suami kepada pelakon Suhaila ini juga tidak pernah dilanda kontroversi dan sering dilabelkan sebagai pelakon yang sopan-santun.

“Saya seronok berlakon dan tidak pernah berselindung apa-apa. Saya bersyukur kepada Tuhan dengan rezeki yang diberikan dan akan kekalkan konsep bekerja.

Faizal Hussein Memilih Filem Drama Bermesej

“Saya juga mementingkan mesej setiap filem dan drama yang dilakonkan.

“Sebagai pelakon, saya menganggap diri saya sebagai pendakwah untuk menyampaikan sesuatu mesej itu.

“Apabila saya diberi watak jahat, saya akan betul-betul menjadi jahat untuk sedarkan penonton,” kata Faizal Hussein yang pernah menerima anugerah Pelakon Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular 1993 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Gerak Khas The Movie II di Anugerah Skrin 2003. (Sumber: MStar)

Tengok Video Filem Abuya Lakonan Faizal Hussein Terkini.


mohdrohaizad.com - Faizal Hussein memang pelakon senior yang berbakat besar malah kurang gosip kontroversi untuk mempopularkan dirinya. Faizal Hussein terkini memang layak memberi nasihat kepada pelakon muda untuk tidak ghairah terima sebarangan tawaran lakonan. Ada pro dan kontranya tetapi bergantunglah kepada pelakon-pelakon muda untuk menerima atau menolak nasihat abang Faizal Hussein ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Faizal Hussein Terkini Nasihat Pelakon Muda Jangan Ghairah By Mohd Rohaizad. Published: 28.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...