CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Faizal Tahir Bantu Pesakit HIV AIDS (Aktiviti Amal Kutip Dana)


Faizal Tahir Bantu Pesakit HIV AIDS Dengan Aktiviti Amal Kutip Dana.

Penyanyi Faizal Tahir terlibat secara langsung dalam aktiviti amal mengutip dana bagi Skim PAL (Positive Audacious Living), iaitu sebuah program memberi bantuan perubatan kepada warganegara Malaysia berpendapatan rendah yang memerlukan rawatan HIV.

Faizal Tahir sebagai duta Skim PAL, Faizal menggesa orang ramai memberi sokongan kepada skim bantuan ini. Apatah lagi orang yang hidup dengan HIV memerlukan kos yang tinggi untuk ubat-ubatan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Gambar Faizal Tahir Bantu Pesakit HIV AIDS Dalam Aktiviti Amal Kutip Dana
Gambar Faizal Tahir Bantu Pesakit HIV AIDS Dalam Aktiviti Amal Kutip Dana

Rawatan antiretrovirus HIV adalah pendekatan klinikal yang dapat mengurangkan muatan virus HIV  di  dalam  tubuh  badan  manusia.  Rawatan  ini  adalah  amat  berkesan  serta  mampu memberikan  peluang  kedua  kepada  mereka  yang  hidup  dengan  HIV  untuk  meneruskan kehidupan yang normal dan produktif. 

"Rawatan  ini  melibatkan  kos  yang  amat  tinggi  dan setiap  preskripsi  ubat-ubatan  ini boleh  mencecah  sehingga  beribu-ribu  ringgit.  Halangan  ini  telah  menyebabkan  ada  di  antara mereka  yang  hidup  dengan  HIV  terpaksa melepaskan  peluang  untuk  mendapatkan  rawatan yang sewajarnya.

"Adalah amat tidak adil untuk kita semua  berpeluk  tubuh  dan  membiarkan  mereka  yang  hidup  dengan  HIV  bergelut  dengan dilema  ekonomi  demi  mendapatkan  ubat-ubatan  yang  mampu  menyambung  nyawa  mereka," kata Faizal melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Yayasan Aids Malaysia kepada media.

Sambil menyifatkan mereka yang hidup dengan HIV sebagai rakan-rakannya,  Faizal Tahir menyeru supaya anda semua untuk turut tampil menghulurkan sumbangan kepada Skim PAL dengan cara melayari laman web www.saveyourpal.com.my.

Untuk pertanyaan lanjut, silalah hubungi Yayasan AIDS Malaysia di talian 03-40451033.

Tengok Video Faizal Tahir Live Lagu "Karma".


mohdrohaizad.com - Faizal Tahir memang artis Malaysia yang serba boleh dan tidak segan malu untuk melibatkan diri dalam aktiviti amal. Terbaru Faizal Tahir membantu dalam aktiviti amal kutip dana bagu pesakit HIV AIDS. Penulis dan para peminat menyokong Faizal Tahir dalam hal-hal kebajikan ini walaupun sibuk dengan aktiviti-akviti seni hiburan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Faizal Tahir Bantu Pesakit HIV AIDS (Aktiviti Amal Kutip Dana) By Mohd Rohaizad. Published: 2.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...