CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Ombak Rindu - Penulis Novel Tidak Puas Hati


Filem Ombak Rindu - Fauziah Ashari Penulis Novel Tidak Puas Hati.

Penulis novel Ombak Rindu iaitu Fauziah Ashari tidak berpuas hati selepas menonton filem bertajuk sama yang diadaptasi dari novel nukilannya. Penulis novel tersebut bagaimana pun mengakui agak sukar untuk membandingkan novelnya dengan filem tersebut.

“Sejujurnya saya tidak berpuas hati dengan filem ini. Memang agak sukar untuk menilai dan membandingkan dengan novel. Apabila kita membaca novel yang mengambil masa 5 jam, tentu sekali apabila ke medium filem ia hanya menjadi 2 jam. Saya melihat terlalu banyak campurtangan di antara pengarah dan penerbit.”

Gambar Filem Ombak Rindu Lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin
Gambar Filem Ombak Rindu Lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin

Namun demikian, Fauziah akui ia adalah hak untuk membikin filem untuk berkarya dan berharap penulis novel sepertinya diberikan peluang untuk melibatkan diri dari peringkat awal.

“Namun saya berfikiran terbuka. Ia adalah hak untuk pengkarya untuk berkarya. Cuma saya berharap di masa akan datang sekiranya ada lagi peluang sebegini, pihak penerbit akan meringankan mulut mereka untuk menjemput penulis melibatkan diri sekurang-kurangnya sebagai penasihat skrip dan dialog.”

Novel Ombak Rindu setebal 563 mukasurat dan telah diulang cetak sebanyak 21 kali itu diadaptasi ke layar perak oleh Osman Ali dan Armantono.

Gambar Tayangan Filem Ombak Rindu Fauziah Ashari Penulis Novel Tidak Puas Hati

Pengarah yang baru-baru ini menggondol anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin menerusi filem Cun! enggan memberikan komen lanjut tetapi menerima komen penulis novel tersebut dengan terbuka.

Tayangan perdana filem Ombak Rindu berlangsung di GSC Mid Valley pagi semalam. Turut hadir menyaksikan filem tersebut ialah para pelakon filem itu antaranya Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Bront Palarae dan ramai lagi. (Sumber: Portal Gua)

Tengok Video OST Filem "Ombak Rindu" MTV oleh Hafiz dan Adira.


mohdrohaizad.com - Nak buat macam mana kak Fauziah Ashari? Penulis novel Ombak Rindu tidak dijemput pun untuk terlibat dalam pembikinan filem Ombak Rindu. Memang akan penambahan untuk menyedapkan lagi filem yang dibuat untuk lariskan di pawagam. Bersabarlah kak Fauziah Ashari ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Ombak Rindu - Penulis Novel Tidak Puas Hati By Mohd Rohaizad. Published: 23.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...