CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Hans Isaac Marah Diganggu Pelakon Wanita?


Betul Ke Hans Isaac Marah Diganggu Pelakon Wanita?

Sudah lama kita tidak melihat pelakon kacak, Hans Isaac muncul di layar perak. Kali terakhir penerbit Cuci The Musical ini berlakon dalam filem tempatan ialah dalam beberapa tahun lalu menerusi filem Cuci terbitan syarikat produksinya, Tall Order Productions.

Bagi peminat yang merindui lakonan Hans Isaac, kerinduan anda akan terubat kerana jejaka kacukan Spanish-Indian-Filipino-Eurasian ini bakal muncul dalam filem terbaru arahan Afdlin Shauki, ‘Misteri Jalan Lama’ yang bakal berada di pawagam pada 24 November ini.

“Saya dah lama tak muncul dalam filem kerana sibuk membuat teater sepenuh masa. Lagipun, saya tak berapa minat dengan genre filem masa itu iaitu komedi slaptik dan seram. Filem ‘Misteri Jalan Lama’ bukan seram, jadi saya boleh terima. Ramai pelakon sekarang berkejar-kejar nak buat filem, namun jika lima tahun saya tak buat pun saya tak kisah,” jelas Hans ketika ditemui pada majlis tayangan media ‘MJL’ di Cineleisure, Damansara, baru-baru ini.

Gambar Hans Isaac Seksi Hot Pelakon Lelaki Malaysia
Gambar Hans Isaac Seksi Hot Pelakon Lelaki Malaysia

“Saya memegang watak sebagai Indra, abang kepada Ilya lakonan Que. Watak dalam filem ini berkait rapat dengan diri saya sebab saya pun keras kepala juga. Indra seorang abang yang negatif di mana dia kecewa dan kecil hati dengan bapanya. Saya memilih filem ini bukan sebab watak negatif tapi sebab perjalanan watak saya yang berubah dalam filem ini.”

Hans Isaac Terpaksa Perut Buncit dan Berjambang

Ditanya mengenai cabarannya dalam filem ini, Hans Isaac memberitahu, “2 bulan setengah saya tak boleh cukur jambang. Saya juga kena minum banyak air untuk memboyotkan perut dan membesarkan badan. Selain itu, ada beberapa hari fokus saya lari sebab ada kekacauan di lokasi. Dia bagi orang stress dan kacau lakonan kami. Dua, tiga hari dia kacau. Kalau kacau orang itu, tak apa, jangan kacau saya,” ujar Hans enggan mendedahkan siapakah yang dimaksudkannya itu.

“Saya tak nak komen, tapi saya tak serik berlakon dengan orang itu. Tapi jika tengok keadaan, saya rasa orang itu yang tak nak berlakon dengan kita lagi. Saya enggan komen isu ini lagi. Apa yang saya nak beritahu, tahun ini saya terlibat dengan empat filem iaitu Langgar, Misteri Jalan Lama, Lemak Kampung Santan dan Papadom 2. Saya juga akan buat konsert Awie dan Ella pada Januari depan diikuti Cuci The Musical 3 pada Februari nanti.” (Sumber: Portal Gua)

Tengok Video Hans Isaac Esklusif Dalam Tembual Di Konti Radio.


mohdrohaizad.com - Hans Isaac terkenal dengan imej cool atau tenangnya tetapi kali ini timbul apabila Hans Isaac tidak senang atau marahkan seseorang itu bekas rakan pelakonnya. Adakah pelakon tersebut ialah pelakon wanita atau lelaki? Yalah, sekarang kan Hans Isaac tengah hangat bercinta dengan Neelofa tentu ada yang hendak kacau kot?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Hans Isaac Marah Diganggu Pelakon Wanita? By Mohd Rohaizad. Published: 22.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...