CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Hans Isaac & Neelofa Bercinta? Gosip atau Spekulasi?


Betul Ke Hans Isac & Neelofa Bercinta? Gosip atau Spekulasi?

Akhirnya spekulasi yang mengatakan pelakon kacak, Hans Isaac, 40 tahun, sedang hangat bercinta dengan pendatang baru,Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 22 tahun, terjawab apabila Hans sendiri akui mereka kini dalam proses mengenali satu sama lain.

Namun, Hans Isaac berkata hubungan mereka masih di peringkat perkenalan dan profesional sejak mereka mula mengenali antara satu sama lain ketika dalam penggambaran filem Kampung Lemak Santan yang telah memulakan penggambaran pada 8 Oktober lalu.

Gambar Hans Isaac dan Neelofa Hangat Bercinta
Gambar Hans Isaac dan Neelofa Hangat Bercinta

"Apa yang boleh saya kongsi bersama peminat dan umum adalah saya akui memang kami kini berkawan dan sedang mengenali hati budi masing-masing. Malah kami belum pergi jauh lagi.

"Lagipun kami juga masih mengekalkan sifat profesional seperti sebelum ini iaitu saya sebagai pengarah kepada filem Kampung Lemak Santan dan Neelofa sebagai pelakon," katanya yang tidak mahu mengulas lanjut mengenainya.

Hans Isaac dan Neelofa Cinta Lokasi?

Sebelum ini, mereka dikatakan intim dan dilihat telah keluar bersama sebagai pasangan kekasih di sebuah kompleks membeli belah di Damansara.

Sungguhpun begitu, Hans Isaac memberitahu dia tidak akan menyembunyikan apa-apa perasaan atau hubungan cintanya kepada umum jika benar dia jatuh cinta sekali lagi kepada mana-mana perempuan.

Hans Isaac Jatuh Cinta Neelofa

"Saya bukan seorang yang suka sorok-sorok jika saya sudah mula meminati seseorang. Saya akan beritahu kelak jika suatu hari nanti saya benar-benar jatuh cinta.

"Mengenali sikap saya, kalau saya benar-benar cinta, saya akan pergi dan sedaya upaya mendapatkan perempuan tersebut. Malah tidak kisah langsung dengan apa yang orang akan cakap," luah Hans Isaac yang ditemui selepas prebiu filem Misteri Jalan Lama yang berlangsung di Cathay Cineplex, e@Curve, malam semalam.

Hans Isaac yang masih sibuk mengemudi syarikatnya, Tall Order Productions bagi menerbitkan drama-drama untuk stesen televisyen bakal menemui penonton menerusi filem fantasi, Misteri Jalan Lamapada 24 November ini. (Sumber: Portal Murai)

Tengok Video Hans Isaac dan Neelofa Panas Bercinta.


mohdrohaizad.com - Eloklah tu Hans Isaac mula mencari cinta. Adakah Hans Isaac betul-betul mahu bercinta dengan Neelofa atau sekadar gosip untuk menaikkan nama dalam industri hiburan. Ala.. macam bagi gempak la.. Apa-apapun kita tunggu perkembangan cinta Hans Isaac dan Neelofa nanti.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Hans Isaac & Neelofa Bercinta? Gosip atau Spekulasi? By Mohd Rohaizad. Published: 21.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...