CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Hattan & Farah Asyikin (Majlis Pernikahan Perkahwinan)


Hattan dan Farah Asyikin (Majlis Pernikahan Perkahwinan).

Ke mudik sehentak galah, ke hilir serangkuh dayung, satu kata lahir dengan batin, sesuai mulut dengan hati...

Pepatah Minangkabau tersebut sesuai dengan lafaz nikah (Gambar) Mohd. Shukri Shahabudin atau mesra disapa Hattan kepada pasangan yang dinikahinya, (Gambar) Farah Asyikin Othman, 33 tahun, pada tarikh cantik, 11 November lalu.

Dengan sekali lafaz, Hattan penyanyi berusia 47 tahun itu menamatkan zaman solonya yang sudah enam tahun dilayari. Begitu juga buat Farah Asyikin, ibu tunggal kepada dua cahayamata iaitu Nazril, 6 tahun, dan Khara Latiesya, 5 tahun. Satu lafaz daripada hati yang menyatukan mereka zahir dan batin.

Sewaktu menghubungi Hattan Jumaat lalu, dia sedang enak membawa isteri dan anak-anaknya ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Menghirup bayu laut nan damai sambil merapatkan siratulrahim, Hattan bernyanyi-nyanyi gembira di hujung talian.

Gambar Hattan dan Farah Asyikin Majlis Pernikahan Perkahwinan
Gambar Hattan dan Farah Asyikin Majlis Pernikahan Perkahwinan

"Saya bawa anak-anak dan isteri ke Port Dickson (untuk) bercuti," ujarnya dengan nada gembira. Namun di sebalik gembira itu, dia meluahkan rasa, terkilan dengan segolongan invididu atas nama penulis blog dan penggiat forum yang menuduh dia bernikah secara senyap.

"Saya tidak faham kenapa mereka cakap saya kahwin secara senyap. Saya rasa sebagai orang Islam atau beragama apa pun, tidak elok membuat fitnah. Makan dengan duit haram namanya itu. Kenapa mereka mahu sibuk dengan isteri orang lain?" ujarnya sedikit panas walaupun berada di tepi pantai.

Majlis Akad Nikah Hattan dan Farah Asyikin

"Saya mengadakan pernikahan di kampung saya di Seri Menanti. Ada khemah dan kugiran mengiringi pernikahan saya. Saya ini orang kampung, berasal dari kampung dan sebab itu saya buat di sana. Saya jemput orang-orang kampung saya.

Malah keluarga saya memakai persalinan kuning menunjukkan kami orang lingkungan dan membawa adat diraja," ujarnya yang selamat menjadi suami Farah Asyikin dalam majlis akan nikah yang dilakukan selepas solat Isyak. Hattan turut mengundang Datuk M. Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai untuk berkongsi kegembiraannya.

Gambar Hattan dan Farah Asyikin Kahwin Senyap Senyap
Gambar Hattan dan Farah Asyikin Kahwin Senyap Senyap

"Biarlah apa orang mahu kata. Sekarang, saya sangat gembira dan tidak risau. Malah saya beryukur dengan jodoh saya," ujarnya yang menyeru agar orang luar tidak sibuk menyelidik tentang pasangan dan pernikahannya yang diadakan secara santai namun meriah di kampung.

Merasakan jodohnya kuat dengan Farah, dia bercerita tentang pertemuan tak dirancang yang terjalin di Doha, Qatar.

Hattan dan Farah Asyikin Bertemu Jodoh

"Kami bertemu di Doha sewaktu saya selesai menunaikan umrah di Mekah. Farah pula transit dari London.

Kami berkenalan dan hanya selepas dua minggu, saya menghubunginya. Pertemuan demi pertemuan selepas itu, saya rasa jodoh kami kuat dan Allah menemukan kami," ceritanya bernyanyi mempamerkan gembira dan bersyukur anaknya Adam Iman, 11, sangat serasi dengan isteri baharunya.

"Saya harap peminat doakan kami. Semoga perkahwinan kami bahagia dan doa juga agar kami dapat menunaikan umrah bersama-sama pada tahun hadapan," Hattan mengakhiri perbualan dan menutup pertanyaan ramai terhadap perkahwinan keduanya. (Sumber: Kosmo!)

Tengok Video Hattan dan Farah Asyikin "Kembali Lagi Di Sisimu" Di Youtube.


mohdrohaizad.com - Tahniahlah kepada abang Hattan dan Farah Asyikin kerana selamat menjalani majlis pernikahan perkahwinan mereka walaupun tidak dihebohkan kepada para media sampai dicop kahwin senyap-senyap. Kami para peminat seni hiburan tetap akan mendoakan kebahagian Hattan dan Farah Asyikin.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Hattan & Farah Asyikin (Majlis Pernikahan Perkahwinan) By Mohd Rohaizad. Published: 21.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...