CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Heela Seksi Hot "Migrain" Single Pertama


Pendatang Baru Penyanyi Heela Seksi Hot Lahirkan Lagu "Migrain" Single Pertama.

Setelah sekian lama menanti, kini debaran pendatang baru dalam arena seni suara tanah air, Heela, 18 tahun atau nama sebenarnya (Gambar) Shaila Shariff berakhir dengan lahirnya single pertama berjudul Migrain.

Anak jati Kuala Lumpur yang begitu aktif menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sejak usianya masih kecil ini percaya single pertamanya yang dicipta oleh Iswandy Atan dan Redzuan Rasat bakal meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi sedia ada.

Migrain memiliki keistimewaan tersendiri dan bukan saja dilantunkan oleh Heela yang mempunyai paduan vokal yang mantap malah muzik rancak yang ada didalam lagu itu mampu membuat pendengar terhibur.

Gambar Shaila  Shariff atau Heela Penyanyi Baru Seksi Hot Lagu Migrain
Gambar Shaila Shariff atau Heela Penyanyi Baru Seksi Hot Lagu Migrain

“Memang sudah lama Heela ingin muncul dengan lagu sendiri. Alhamdulillah, penantian Heela selama ini dan kesabaran Heela menempuhi pelbagai cabaran untuk melahirkan Migrain menjadi pengalaman terindah yang akan Heela kenang sampai bila-bila.

“Migrain sebuah lagu yang cukup istimewa buat Heela. Disamping kerancakannya, lagu ini terselit lirik berbahasa tagalong yang menjadikannya lain daripada kebiasaan,” katanya yang cenderung memilih irama PopRock Techno sebagai hadiah sulungnya.

Heela Management Terbit Lagu "Migrain"

Migrain diterbitkan dan diedarkan sendiri oleh syarikatnya, Heela Management, manakala proses penerbitan telah mendapat kerjasama daripada 87red Comm. Studio.

Bukan sekadar mempertaruhkan rupa semata-mata, gadis kecil molek ini percaya, bakat serta kemantapan vokal yang dimilikinya mampu memberi saingan hebat kepada barisan penyanyi wanita yang sedia ada.

Dia percaya, pengalamannya membuat persembahan di hadapan khalayak dalam beberapa acara hiburan sama ada secara kecil-kecilan atau besar sebelum ini akan sentiasa menjadi panduan untuk dia terus gagah menempuhi cabaran sebagai penyanyi.

Heela Yakin Boleh Berjaya

“Memang banyak cabaran yang Heela tempuhi sebelum ini. Bagaimanapun Heela hadapinya dengan penuh kesabaran tanpa pernah rasa putus asa sehinggalah lahirnya Migrain khusus untuk santapan peminat semua.

“Alhamdulillah, ibu Heela adalah orang yang paling rapat dan sering memberikan sokongan padu kepada Heela. Dia adalah insan yang banyak mendorong Heela untuk bergelar penyanyi sehingga lahirnya Migrain,” katanya.

Heela Turut Berlakon Filem Drama

Selain menyanyi, Heela turut aktif sebagai pelakon dan antara filem mahupun drama yang pernah dilakonkannya ialah Aku Tak Bodoh, Momok Jangan Panggil Aku, Hoore Hoore, Jangan Pandang Belakang Congkak The Series dan Mandi Bunga.

Heel a juga pernah terlibat dalam pementasan teater antaranya, Gamat The Musical dan Kita The Musical. (Sumber: Portal Mangga Online)

Tengok Video Heela Monica "Migrain" Live @ Sungai Wang Plaza.


mohdrohaizad.com - Selamat datang buat Shaila Shariff atau Heela sebagai penyanyi baru. Single pertama "Migrain" berjaya dihasilkan oleh Heela. Bagaimana? Sedap tak suara lagu Heela? Good luck Heela Monica.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Heela Seksi Hot "Migrain" Single Pertama By Mohd Rohaizad. Published: 23.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...