CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Irfan Makki Klon Maher Zain? (Penyanyi Nasyid & Kerohanian)


Betul Ke Irfan Makki Klon Maher Zain? (Penyanyi Nasyid & Kerohanian)

Penyanyi nasyid dan kerohanian Irfan Makki, 36 tahun, menyifatkan dakwaan yang melabelnya klon kepada penyanyi Maher Zain sebagai tidak tepat kerana mereka memperjuangkan muzik yang berbeza dan mempunyai kekuatan masing-masing.

Penyanyi yang menetap di Kanada itu berkata sebagai penyanyi yang baru menembusi pasaran Malaysia selepas fenonema yang dicetuskan Maher Zain sebelum ini, dia tidak mampu menolak persepsi itu dan berharap agar peminat dapat menilaikan sendiri kelainan yang ditawarkan dalam muziknya.

Gambar Irfan Makki Perjuang Irama Nasyid Kerohanian Kontemporari Islam
Gambar Irfan Makki Perjuang Irama Nasyid Kerohanian Kontemporari Islam

“Mungkin konsep muzik saya dan Maher Zain kedengaran seakan sama iaitu lagu nasyid dan kerohanian kontemporari. Namun lagu-lagu saya lebih menonjolkan isu sosial dan masalah sejagat seperti di Palestin, isu ketidakadilan dan motivasi diri.

“Album ini diterbitkan pada standard yang tinggi dan berbeza. Malah, Maher Zain sendiri turut bertindak sebagai penerbit bersekutunya, jadi sudah tentu muzik kami berbeza,” kata Irfan Makki yang ditemui sejurus pelancaran album keduanya, I Believe di Hotel Quality, di sini, Rabu.

Irfan Makki berkata sebelum tampil dengan album tersebut, dia dan Maher Zain sebenarnya sering bekerjasama dalam penerbitan lagu dan persembahan pentas di merata tempat.

Gambar Irfan Makki Terbit Album I Believe

“Saya sudah menceburi bidang nyanyian sejak 1997 lagi. Hakikatnya, saya dan Maher Zain sudah lama mengenali antara satu sama lain. Malah, kami sering berkolaborasi dalam penerbitan lagu dan pertunjukan pentas.

“Selepas mengeluarkan album pertama iaitu Salam pada 2003, saya terpaksa berehat seketika atas urusan peribadi. Hanya pada tahun ini saya mahu kembali aktif dan mula menembusi pasaran Malaysia dan serantau,” kata Irfan Makki.

Irfan Makki feat Maher Zain

Album terbitan Awakening Records itu memuatkan 13 trek lagu termasuk I Believe (menampilkan Maher Zain), Mabrook dan You & I.

Sejak ia mula dipasarkan oleh wakil pengedar tempatan, Inteam Records dan Warner Music Malaysia kira-kira tiga bulan lalu, album I Believe sudah terjual lebih 10 ribu unit.

Album tersebut kini berada di pasaran dan juga boleh didapati secara dalam talian menerusi laman web www.inteammobile.com dengan harga RM27.90.

Irfan bertandang ke Malaysia buat julung kalinya ketika menjayakan konsert Maher Zain Live in Concert di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari lalu. (Sumber: Mstar)

Tengok Video Irfan Makki featuring Maher Zain "I Believe" @ Youtube.


mohdrohaizad.com - Kami dah tengok nyanyian Irfan Makki dan Maher Zain. Ternyata mempunyai perbezaan, masing-masing ada gaya tersendiri. Adakah Irfan Makki klon Maher Zain? Tentulah jawapan tidak. Teruskan perjuang irama lagu nasyid dan kerohanian Islam.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Irfan Makki Klon Maher Zain? (Penyanyi Nasyid & Kerohanian) By Mohd Rohaizad. Published: 24.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...