CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isterin Que Haidar, Linda Jasmine Lahir Anak Perempuan


Isterin Que Haidar, Linda Jasmine Lahir Anak Perempuan Disahkan 95% Doktor.

Isteri pelakon Que haidar, Linda Jasmine, 39 tahun, disahkan oleh doktor bakal menimang bayi perempuan pada Mei 2012.

Linda Jasmine yang sedang hamil empat bulan itu begitu teruja apabila mendengar berita tersebut memandangkan dia memang inginkan anak perempuan selepas kelahiran bayi kedua, Tengku Ratu Haidar, 2 tahun.

Gambar Que Haidar dan Linda Jasmine Gembira Bakal Lahir Anak Perempuan
Gambar Que Haidar dan Linda Jasmine Gembira Bakal Lahir Anak Perempuan

“Kandungan saya bakal memasuki empat bulan dan kehidupan saya dalam keadaan baik serta tidak sabar untuk mendapat bayi baru.

“Doktor mengesahkan bayi ini 95 peratus adalah perempuan. Bagaimanapun masih awal untuk membuat jangkaan.

“Sama seperti sewaktu hamil anak pertama, Qalif dan Ratu, saya alahan teruk tetapi sekarang semakin kurang,” kata Linda Jasmine gembira ceria.

Linda Jasmine Bersalin Secara Pembedahan

Sebelum ini, Linda Jasmine melahirkan Ratu secara pembedahan dan dia akui alahan dengan ubat tahan sakit.

“Memang selepas dua tahun Ratu lahir, kami merancang untuk mempunyai anak lagi. Saya gembira dan bersyukur kerana hamil lagi. Lagipun usia saya semakin meningkat.

“Walaupun saya alahan dengan ubat tahan sakit, saya anggap ia sebagai suatu pengorbanan apabila melahirkan bayi ini nanti,” jelas Linda Jasmine lagi. (Sumber: Mstar)

Gambar Linda Jasmine Mengandung Hamil
Gambar Linda Jasmine Mengandung Hamil

Tengok Video Linda Jasmine Iklan Juicy Fruit Tahun 1996.


mohdrohaizad.com - Kami mengucapkan tahniah buat Que Haidar dan Linda Jasmine dengan bakal kelahiran seorang lagi cahayamata buat mereka.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isterin Que Haidar, Linda Jasmine Lahir Anak Perempuan By Mohd Rohaizad. Published: 28.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...