CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Johan Raja Lawak Kecewa Isteri Keguguran Dua Kali


Takziah, Johan Raja Lawak Kecewa Isteri Keguguran Dua Kali Tahun ini.

Pelakon Johan (Raja Lawak) mengakui kecewa untuk menambah cahaya mata apabila isterinya iaitu Ozlynwati mengalami keguguran sebanyak dua kali tahun ini.

Kata Johan, punca isteri Ozlynwati keguguran adalah disebabkan terlalu banyak bergerak tanpa mengetahui tentang kandungannya.

Gambar Johan Raja Lawak dan Ozlynwati Isterinya Semasa Majlis Pernikahan
Gambar Johan Raja Lawak dan Ozlynwati Isterinya Semasa Majlis Pernikahan

"Dalam tahun ini, Ozlyn sudah dua kali keguguran kerana terlalu aktif dan ketika itu dia juga selalu ikut saya ke gym.

"Sudah tentu saya sangat sedih kerana impian saya mahukan 12 orang cahaya mata seperti adik beradik saya," kata Johan ketika ditemui di majlis pelancaran drama Elly & Epit di sini, Khamis.

Tambah Johan, disebabkan pengalaman tersebut juga, dia kini lebih berhati-hati untuk melibatkan Ozlyn dalam setiap aktiviti yang dilakukannya.

Johan Raja Lawak Kecewa Isterinya Ozlynwati Keguguran Anak Namun Redha
Johan Raja Lawak Kecewa Isterinya Ozlynwati Keguguran Anak Namun Redha

Bagaimanapun, Johan menganggap perkara tersebut adalah ketentuan Allah.

"Anak adalah harta yang sangat berharga, namun saya percaya belum ada rezeki untuk kami menambah cahaya mata," katanya kesal.

Sementara itu bercerita tentang perkembangan kerjaya, Johan berkata dia kini sedang menyiapkan diri untuk penggambaran dua buah filem.

"Selepas drama Elly & Epit ini, saya akan fokus kepada dua filem dengan Mamat Khalid dan Syamsul Yusof.
"Selain itu beberapa komitmen lain iaitu Edisi Khas musim baru, Superlawak dan penyampai Era fm," katanya.

(Sumber: MStar)

Tengok Video Johan Raja Lawak Dalam Rancangan Edisi Khas TV3.




mohdrohaizad.com - Kami tumpang simpati diatas keguguran isteri Johan Raja Lawak iaitu Ozlynwati sebanyak dua kali bagi tahun ini. Semoga Johan dan Ozlynwati bersabar, Insya Allah akan ada rezeki nanti. Takziah sekali lagi kami dan para peminat ucapkan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Johan Raja Lawak Kecewa Isteri Keguguran Dua Kali By Mohd Rohaizad. Published: 10.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...