CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Maulana AF8 Bercinta Dengan Gadis Indonesia


Betul Ke Maulana AF8 Bercinta Dengan Gadis Indonesia?

AMBOI…dengarnya penyanyi berbakat besar (Gambar) Muhammad Firdaus Maulana Mohamed atau Maulana sekarang sedang bermain cinta dengan seorang gadis dari Indonesia. Patutlah semakin berseri-seri wajah penyanyi yang popular dengan lagu RSVP ni. Mesti cowok Indonesia tu cantik jelita kan? Jom baca komen Maulana!

Cerita Maulana AF8 Tentang Gadis Indonesia:

“Saya akui yang saya sedang berkawan rapat dengan seorang gadis dari Indonesia. Tapi hubungan kami hanya sekadar kawan dan belum melibatkan hati dan perasaan.

“Kami mula berkawan sejak lima bulan dulu. Dia sedang menyambung pengajian di Malaysia. Kalau nak tahu, saya ni memang ramai kawan dan kenalan dari Indonesia dan merekalah yang kenalkan saya dengan gadis itu.
“Saya sendiri terkejut bila ramai yang bertanya dan gambar kami berdua telah disebarkan di blog dan mengatakan dia adalah kekasih saya.

“Saya pernah menjadikan gambar itu sebagai gambar profile BBM (Blackberry messenger) saya. Mungkin dari situ ada yang mengambil dan menyebarkan gambar kami berdua.

Gambar Maulana Finalis AF8
 Gambar Maulana Finalis AF8

“Tentang kerjaya, sekarang ni saya sedang sibuk mengumpul material untuk album saya nanti. Selain itu, ada dua label rakaman menawarkan untuk saya bernaung di bawah mereka.

“Tapi, saya masih tak tahu nak pilih label rakaman yang mana satu. Saya cuma akan buat keputusan penghujung tahun ini. Jadi, sekarang ni masih menimbang-nimbang mana yang terbaik untuk masa depan saya dalam dunia seni suara. Banyak juga perkara yang perlu dititikberatkan dalam soal ini. Saya pun tak nak tergesa-gesa membuat keputusan.’’

Demikian cerita Maulana yang bakal bekerjasama dengan band dari Jepun untuk projek lagu amal membantu mangsa bencana alam. (Sumber: Portal Mangga Online)

Tengok Video Maulana AF8 Dalam Lagu "RSVP" Di Youtube.



mohdrohaizad.com - Maulana AF8 telah menafikan yang beliau tidak bercinta dengan gadis Indonesia tersebut namun rapat. Ala-ala teman tapi mesralah katakan. Good luck Maulana AF8.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Maulana AF8 Bercinta Dengan Gadis Indonesia By Mohd Rohaizad. Published: 17.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...