CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Mizz Nina Feat Pitbull Konsert Live In Malaysia


Mizz Nina Feat Pitbull Konsert Live In Malaysia (Album Terbaru).

Selepas terpilih mengadakan persembahan pembukaan pada konsert Justin Bieber pada April lalu, Mizz Nina sekali lagi mendapat peluang keemasan apabila dia terpilih untuk menghangatkan Konsert Pitbull Live In Malaysia. Penyanyi berusia 31 tahun ini akan menghiburkan penonton dengan tiga buah lagu sebelum penyanyi rap, Pitbull memulakan persembahan di Surf Beach, Sunnway Lagoon, 1 Disember hadapan.

Mengulas tentang pemilihannya itu, Mizz Nina yang ditemui ketika sidang media konsert ini kelmarin memberitahu yang dia berasa cukup teruja dan bersyukur kerana diberi peluang untuk berada di pentas yang sama dengan Pitbull.

“Apabila mendapat tahu Pitbull akan datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert, saya berasa cukup teruja. Saya memang sangat meminati muzik yang dibawa oleh Pitbull. Tanpa buang masa saya ingatkan pengurus saya untuk dapatkan tiket bagi menyaksikan konsert ini nanti. Tetapi tak lama selepas itu, dia beritahu saya telah terpilih untuk buat persembahan pembukaan.  Ketika itu saya rasa sangat terkejut, gembira dan bersyukur kerana dapat peluang keemasan ini. Peluang sebegini bukan mudah untuk diperolehi,” ujar Mizz Nina teruja.

Gambar Mizz Nina Feat Pitbull Untuk Projek Album Terbaru
 Gambar Mizz Nina Feat Pitbull Untuk Projek Album Terbaru

Dalam masa yang sama, Mizz Nina juga tidak menyangkal dia mengharapkan penglibatannya dalam konsert ini akan membuka jalan untuk dia berkolaborasi dengan Pitbull. Sebelum ini memang ada desas-desus mengatakan Mizz Nina cuba mendapatkan Pitbull untuk single terbaru, tetapi atas sebab-sebab tertentu ia tidak dapat dilaksanakan dan Mizz Nina akhirnya muncul dengan single ‘Take Over’ bersama Flo Rida.

“Jika konsert ini menjadi  permulaan untuk saya berkerjasama dengan Pitbull selepas ini, saya berasa sangat gembira. Saya memang menyimpan cita-cita untuk berkolaborasi dengan penyanyi dari Amerika ini. Tetapi, tengoklah macamana. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Jika Pitbull bersedia, saya lebih berbesar hati,” ulas Mizz Nina yang kini sibuk mengumpul material untuk album terbaru.

Bercerita tentang corak persembahan pada malam konsert nanti, Mizz Nina menjelaskan dia akan mempersembahkan satu persembahan yang cukup bertenaga bagi memastikan semua yang hadir dapat menyanyi dan menari bersama.

Mizz Nina Dalam Konsert Pitbull Live in Malaysia

“Saya tidak mahu ceritakan secara terperinci. Kalau hendak tahu persembahan saya bagaimana, anda perlu datang memberi sokongan. Saya akan sampaikan tiga buah lagu iaitu single bersama Colby O'Donis, ‘What U Waiting For’, ‘Take Over’ bersama Flo Rida, dan sebuah lagi lagu yang saya tidak mahu umumkan. Persembahan saya nanti akan diiringi oleh tujuh orang penari saya sendiri, Mizz Nina Dance Crew,” ujar Mizz Nina.

Konsert Pitbull Live in Malaysia dibawakan oleh JS Concert dan DiGi. Selain Mizz Nina, ia turut menampilkan DJ Joe Maz dan DJ Big Shype. Tiket-tiket dijual pada harga RM138, RM198, RM298 dan RM398. Boleh didapati di www.ticketpro.com.my, dan di semua cawangan Victoria Music, dan The Guitar Store & Rock Corner. Selain itu anda juga boleh menghubungi talian 03-7880 7999.

Tengok Video Mizz Nina Feat Flo Rida "Take Over".


mohdrohaizad.com - Tahiniah kepada Mizz Nina yang berjaya feat dengan artis bertaraf bintang antarabangsa. Penulis dan para peminat turut teruja menanti Mizz Nina feat Pitbull untuk project album terbarunya. Good luck Mizz Nina dalam konsert Pitbull live in Malaysia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Mizz Nina Feat Pitbull Konsert Live In Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 4.11.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...